MURID dari beberapa buah sekolah berjaya mengumpul 150kg sampah sarap dari pantai Labuan untuk menghasilkan karya seni bagi projek “upcycle”.
Pulau bebas cukai yang juga dikenali sebagai “Mutiara Borneo” terkenal dengan kehidupan marin, pelancongan dan kampung airnya.
Bagi mengekalkan status Labuan itu, Galeri Seni Negara berjaya mengumpul murid daripada beberapa sekolah untuk mengambil bahagian dalam projek seni, yang ditaja oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.
Ramai murid melahirkan kekecewaan mereka ketika mendapati pantai dipenuhi sampah “pelik”, seperti selimut, beg titis (drip bag), pembungkusan makanan dan ubat-ubatan.
Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid mengenai tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar, serta menggalakkan kreativiti mereka. – 3 Oktober 2019.
Blok perkataan 'VM2020' diperbuat daripada bahan buangan yang dipamerkan di satu acara di Labuan. Projek itu menyaksikan murid menjadikan sampah yang dikutip dari pantai kepada hasil seni. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.
Kelihatan beberapa buah kapal berlabuh ketika murid sekolah mengumpul sampah sarap di pantai Labuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.Sampah sarap yang terkumpulan dan terapung diperairan Labuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.Seorang murid menggali pasir untuk mengeluarkan pembungkus makanan yang ditemui di pantai Labuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.Sekumpulan murid mengalihkan selimut yang ditemui ketika membersihkan pantai di Labuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.Sampah plastik yang ditemui di pantai Labuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.Beg titis antara objek yang ditemui semasa aktiviti membersihkan pantai di Labuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.Sekeping paket ubat kosong yang ditemui di pantai Labuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.Seorang pelajar menghasilkan karya seni menggunakan sampah sarap yang dikutip dari pantai Labuan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.Seorang lelaki menunggang motosikal berhampiran sebuah kampung air di Labuan. Pulau ini terkenal dengan perkampungan air dan kehidupan lautnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.Seorang kanak-kanak bermain di pantai Labuan ketika matahari terbenam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Oktober, 2019.
Komen