LEBIH 300 orang, termasuk kanak-kanak, turun ke jalan raya di Kuala Lumpur semalam bagi menyatakan bantahan terhadap masalah perubahan iklim dan menyuarakan pendirian mereka terhadap kapitalisme alam sekitar, berikutan pemogokan global yang diketuai oleh aktivis remaja alam sekitar Greta Thunberg.
Peserta himpunan memulakan perarakan dari Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira jam 4.30 petang dan tiba di Dataran Merdeka jam 5.15 petang.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan Klima Action Malaysia itu menuntut kerajaan membuat undang-undang Akta Jerebu Rentas Sempadan untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang menyumbang kepada gejala jerebu, menyekat syarikat-syarikat pelaburan berkaitan dengan kerajaan dari bekerja dengan syarikat yang menyebabkan kerosakan alam sekitar dan peranti ke sistem memantau titik panas di seluruh negara.
Gerakan #MALAYSIAAGAINSTHAZE juga mendorong pemimpin Asean untuk bekerjasama dengan berkesan bagi memerangi masalah tersebut. – 22 September Ogos, 2019.
Matahari terbenam diselubungi jerebu di Kuala Lumpur. Lebih 300 orang, termasuk kanak-kanak, turun ke jalan raya di Kuala Lumpur semalam bagi menyatakan bantahan terhadap masalah perubahan iklim.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 22 September Ogos, 2019.Peserta memegang sepanduk menuntut kerajaan bertindak berhubung perubahan iklim.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019.Peserta memenang sepanduk ketika berarak menyatakan bantahan terhadap perubahan iklim di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019.Antara kanak-kanak yang menyertai perhimpunan membantah perubahan iklim di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019.Sepanduk membantah minyak kelapa sawit turut kelihatan pada perhimpunan bantah perubahan iklim yang diadakan di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019. Peserta berarak di Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka bagi menggesa tindakan diambil terhadap perubahan iklim.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019. Kanak-kanak memegang sepanduk pada perhimpunan membantah perubahan iklim yang diadakan di ibu negara.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019. Peserta perhimpunan memegang sepanduk menggesa tindakan diambil bagi mengatasi jerebu rentas sempadan pada perhimpunan di Kuala Lumpur.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019.Peserta berhimpun di Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum berarak ke Dataran Merdeka.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019.Peserta menuntut pemimpin Asean untuk bekerjasama mengatasi masalah perubahan iklim.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019.Perhimpunan bantah perubahan iklim menyaksikan ratusan peserta mengambil bahagian.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019.Peserta perhimpunan memegang sepanduk ketika berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 22 September Ogos, 2019.
Komen