JUMAAT di Kota Baru, Kelantan pagi harinya akan diisi dengan majlis ilmu yang dikenali masyarakat setempat sebagai Kuliah Pagi Jumaat, sebuah tradisi rakyat negeri Serambi Mekah itu.
Kuliah Pagi Jumaat dimulakan Allahyarham Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan sehingga kini masih diteruskan menjadi sebahagian aktiviti masyarakat setempat.
Pelbagai lapisan masyarakat, lelaki mahupun wanita, orang dewasa dan kanak-kanak memenuhi Medan Ilmu Tok Guru di Jalan Dato Pati, Kota Baru untuk mendengar kuliah ilmu menyentuh pelbagai isu kehidupan masyarakat Islam, pada masa yang sama mengambil kesempatan beramah mesra dengan sahabat handai serta tidak lupa membeli barangan yang dijual sekitar kawasannya. – 13 Oktober, 2017.
Dua orang lelaki bersandar di mural bekas Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat di Medan Ilmu Tok Guru di Kota Baru, Kelantan. Bekas pemimpin PAS itu adalah pengasas Kuliah Pagi Jumaat sejak beberapa tahun lalu, sebelum beliau memegang kedua-dua jawatan tersebut lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Sekumpulan wanita mendengar Kuliah Pagi Jumaat di hadapan kedai di sepanjang Jalan Dato Pati di Kota Baru, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Orang ramai melihat barangan jualan sebelum Kuliah Pagi Jumaat bermula di Medan Ilmu Tok Guru di Kota Baru, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017 Orang ramai duduk di sepanjang jalan sambil mendengar Kuliah Pagi Jumaat di Kota Baru, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Seorang lelaki berjalan di lorong di belakang bangunan ibu pejabat PAS menuju ke Medan Ilmu Tok Guru di Kota Baru, Kelantan. Mural tentang perjuangan Palestin kelihatan di dinding lorong tersebut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Orang ramai sedang mendengar ceramah di lorong belakang ibu pejabat PAS di Jalan Dato Pati di Kota Baru, Kelantan. Lorong tersebut dilukis dengan mural perjuangan Palestin sebagai sebahagian daripada Kota Baru Bandaraya Islam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Sekumpulan wanita mendengar Kuliah Pagi Jumaat di hadapan kedai sepanjang Jalan Dato Pati di Kota Baru, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Menteri Besar Kelantan dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ahmad Yakob menyampaikan kuliahnya di Medan Ilmu Tok Guru di Kota Baru, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Seorang wanita berjalan bersama-sama anak-anaknya pada Jumaat pagi menuju ke Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu Tok Guru di Kota Baru, Kelantan– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Orang ramai melihat barangan yang dijual ketika Kuliah Pagi Jumaat di Medan Ilmu Tok Guru di Kota Baru, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Bayangan seorang wanita berlatarbelakangkan ibu pejabat PAS yang menjadi pusat Medan Ilmu Tok Guru Jalan Dato Pati di Kota Baru, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017Beberapa buah khemah dipasang di sepanjang Jalan Dato Pati yang juga dikenali sebagai Medan Ilmu Tok Guru di Kota Baru untuk menempatkan pengunjung Kuliah Pagi Jumaat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 13 Oktober, 2017
Komen