DETIK 12 tengah malam menandakan bermulanya hari baru. Di Kuala Lumpur, ibu kota ini tidak pernah tidur walaupun setelah melewati tengah malam.
Sementara kita lena diulit mimpi indah, ada yang bersantai melepaskan lelah setelah penat dengan urusan seharian dan ada yang masih bersengkang mata demi meneruskan kelangsungan hidup.
Yang pasti, kehadiran mereka menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sentiasa “bernyawa” dan sibuk. – 11 Oktober, 2017.
Sekumpulan remaja lelaki bermain bola keranjang di waktu malam di Setiawangsa, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Seorang penjual akhbar tidur di atas timbunan surat khabar pada jam 3.10 pagi sambil menunggu pekerjanya mengambil bahagian mereka di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Beberapa pekerja mengecat jalan di luar stesen MRT Brickfields di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Beberapa pekerja pembinaan menggali jalan untuk memasang paip air di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Seorang pembekal akhbar menyisih akhbar sebelum menghantarnya kepada pelanggan seawal jam 5 pagi di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Beberapa pekerja sibuk mencuci kereta di Kampung Baru pada jam 3.30 pagi di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Sekumpulan lelaki menikmati hidangan di gerai menjual teh tarik, nasi lemak dan pelbagai makanan tempatan lain pada jam 3 pagi. Kebanyakan pelanggan gerai adalah pembekal akhbar dan pekerja shif malam sekitar bandar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Seorang pekerja penyelenggara Alam Flora membersihkan jalan raya di Kota Raya di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Pekerja menukar papan iklan di Kuala Lumpur pada jam 1 pagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Seorang pekerja mencuci laluan pejalan kaki di depan pasar raya berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada jam 3 pagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.Seorang pengawal keselamatan duduk di luar pusat membeli-belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2017.
Komen