Usaha anak-anak Rohingya dapatkan pendidikan


Kamal Ariffin

LEBIH 150 kanak-kanak menerima pendidikan asas di Sekolah Pelarian Rohingta Al-Ikhlas, Selayang.

Walaupun kekurangan dokumen, golongan pelarian ini bertekad untuk mendapatkan pendidikan kerana ia adalah kunci untuk masa depan lebih cerah.

Baru-baru ini kerajaan mengumumkan rancangan strategik untuk membantu kanak-kanak Rohingya di Malaysia menerima pendidikan.

Digambarkan sebagai salah satu minoriti paling dianiaya dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2013, dianggarkan hampir dua juta masyarakat Rohingya melarikan diri dari Myanmar sejak akhir 1970-an kerana keganasan dan penganiyaan. – 14 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen