UMAT Islam di seluruh dunia akan membuat perjalanan ke tanah suci Mekah di Arab Saudi bagi menunaikan haji esok.
Ia merupakan ibadah wajib bagi orang Islam untuk melaksanakan haji sekali seumur hidup mereka.
Mereka yang pergi menunaikan haji perlu bersedia secara fizikal dan kewangan.
Pada tahun ini, 100 murid dari Tadika Akal Bestari diberi peluang untuk menyertai program Simulasi Junior Haji.
Murid berusia di antara empat hingga enam tahun berpeluang melakukan simulasi bagaimana jemaah menunaikan ibadah haji. – 9 Ogos, 2019.
Seorang guru memakaikan ihram kepada muridnya sebelum memulakan simulasi haji ketika program Simulasi Junior Haji anjuran Tadika Akal Bestari di Subang Bestari, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.Murid tadika yang memakai ihram bergambar sebelum melakukan simulasi haji anjuran Tadika Akal Bestari di Subang Bestari di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.Murid Tadika Akal Bestari, Subang Bestari yang menyertai program Simulasi Haji Junior. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.Murid tadika yang siap berpakaian ihram bersedia untuk melakukan ibadah haji semasa program Simulasi Junior Haji anjuran Tadika Akal Bestari di Subang Bestari, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.Murid tadika yang berpakaian ihram berdoa di Muzdalifah semasa program Simulasi Junior Haji anjuran Tadika Akal Bestari di Subang Bestari, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.Kanak-kanak mengumpul batu bagi melontar jamrah semasa program Simulasi Junior Haji anjuran Tadika Akal Bestari, Subang Bestari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.Murid Tadika Akal Bestari, Subang Bestari melontar batu semasa program Simulasi Junior Haji anjuran tadika berkenaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.Murid tadika beramai-ramai mengelilingi kaabah semasa program Simulasi Junior Haji yang dianjurkan oleh Tadika Akal Bestari di Subang Bestari, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.Kanak-kanak bersemangat mengelilingi kaabah pada program Simulasi Junior Haji anjuran Tadika Akal Bestari di Subang Bestari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.Kanak-kanak berpakaian ihram melaksanakan ibadah saie pada program Simulasi Junior Haji anjuran Tadika Akal Bestari, Subang Bestari di Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2019.
Komen