MENDAKI dengan limpahan cahaya bulan ke Kawah Ijen sememangnya menerbitkan rasa romantis. Ramai seperti kami berjalan selama sejam setengah semata-mata untuk melihat api biru dari kawah yang memukau pandangan.
Terdapat aktiviti ketika tiba di dasar gunung berapi pada jam 3 pagi. Para penjalan kaki berkumpul di sekitar unggun api kecil, ada yang menikmati air panas di warung (restoran kecil) sementara jurupandu mengedarkan lampu suluh dan topeng gas.
Dataran Ijen yang dikenali sebagai “Kawah Ijen” adalah sebuah kompleks gunung berapi yang tenang tetapi aktif terletak berhampiran bandar Banyuwangi di Pulau Jawa Indonesia dan dianggap sebagai salah satu kawasan yang harus dilawati.
Pendakian curam dan berdebu sejauh 6km perlu bermula pada jam 3.30 pagi. Bergantung pada tahap kecergasan, pendaki boleh sampai ke puncak kawah sekitar sejam.
Berkongsi satu laluan selebar dua meter dengan pembawa barangan, pendaki yang tidak mampu naik ke atas juga boleh dibawa menaiki troli oleh pembawa barangan, naik ke ketinggian 2,799 meter.
Bagi mereka yang tidak mampu melakukan perjalanan dengan kaki, kos menaiki troli berharga 800,000 rupiah (RM234). – 4 Ogos, 2019.
Pemandangan matahari terbit dapat dilihat di Tasik Ijen di Pulau Jawa, Indonesia. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Pendaki menunggu giliran untuk mendaki Kawah Ijen di Pulau Jawa, Indonesia. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Pembawa barangan berselubung dengan selimut menahan kesejukan dari angin kuat di puncak Kawah Ijen. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Pendaki dan pembawa barangan menuju ke puncak Kawah Ijen di Pulau Jawa, Indonesia. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Pembawa barangan berkumpul di sekeliling unggun api di puncak Kawah Ijen. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Api sangat diperlukan untuk memberikan kehangatan kepada pembawa barangan di puncak Kawah Ijen. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Pemandangan matahari terbit dapat dilihat dari puncak Kawah Ijen di Pulau Jawa, Indonesia. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Pembawa barangan membantu pengunjung mendaki Kawah Ijen. Bagi mereka yang tidak dapat mendaki, mereka boleh melakukan perjalanan dengan menaiki troli dengan bayaran sebanyak 800,000 rupiah. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Pembawa barangan dan pendaki berjalan kaki di tepi Kawah Ijen di Pulau Jawa, Indonesia. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Cahaya pertama yang dilihat di Kawah Ijen di Pulau Jawa, Indonesia. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.Kelihatan pembawa barangan dan pendaki sedang melalui laluan di tepi Kawah Ijen. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 4 Ogos, 2019.
Komen