KAMPUNG Sugud di Penampang Sabah mahu menjadikan lokasi rahsia mereka – kawasan sebuah pesawat tempur Jepun pada Perang Dunia II yang terhempas sebagai satu tarikan pelancong.
Terletak kira-kira 3km dari Hutan Simpan Kampung Sugud, terdapat sebuah bangkai kapal terbang Jepun yang terhempas 75 tahun lalu di sebuah bukit yang tidak dinamakan.
Penemuan bangkai kapal itu tidak pernah dilaporkan kepada orang ramai walaupun diketahui oleh penduduk kampung yang dari semasa ke semasa cuba mencari beberapa bahagian kapal itu untuk digunakan atau dijual sebagai logam besi.
Peristiwa yang berlaku pada musim menuai padi sekitar 1944 itu tidak hilang dalam sejarah berikutan ia masih diingati oleh sesetengah warga emas di kawasan berkenaan. – 30 Julai, 2019.
Kini hanya ada dua enjin pesawat yang ditinggalkan, ditenggelami tanah yang diliputi tumbuhan liar dan dikelilingi pokok nangka serta pokok getah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai, 2019.Pelancong memerhatikan enjin bangkai pesawat tempur tentera Jepun yang terhempas 75 tahun lalu di Kampung Sugud di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai, 2019.Kampung Sugud boleh dilihat dari sebuah bukit di Penampang. kira-kira 3km dari Hutan Simpan Kampung Sugud, terdapat sebuah bangkai pesawat tentera Jepun yang terhempas 75 tahun lalu di sebuah bukit yang tidak dinamakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai, 2019.Tengkolok gergasi di pintu masuk Kampung Sugud menandakan majoriti penduduk di situ adalah masyarakat Kadazandusun. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai 2019.Sebuah gereja di Kampung Sugud di Penampang, Sabah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai 2019.Kira-kira 3km dari Hutan Simpan Kampung Sugud, terdapat sebuah bangkai pesawat tempur Jepun yang terhempas 75 tahun lalu di sebuah bukit yang tidak dinamakan. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai 2019.Seorang pelancong di kawasan sebuah pesawat tempur tentera Jepun terhempas pada 1944 di Kampung Sugud di Penampang, Sabah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai 2019.Bahagian enjin bangkai pesawat tempur tentera Jepun yang digunakan pada Perang Dunia II di Kampung Sugud di Penampang, Sabah. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai 2019.Satu papan tanda diletakkan berhampiran bangkai pesawat Jepun bagi memberi amaran kepada pelawat untuk tidak mengambil apa-apa bahagian bangkai pesawat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 30 Julai, 2019.
Komen