HAKIM Nazlan menangguhkan prosiding hari ini setelah menerima ancaman bom daripada seseorang tidak dikenali.
Kompleks mahkamah dikosongkan pada jam 12.30 tengah hari tadi menyebabkan semua kes mahkamah pada hari ini terganggu termasuk perbicaraan kes SRC International membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.
Orang ramai di dalam kompleks mahkamah dilihat mula keluar dari bangunan dan berkumpul di pintu masuk.
Polis telah mengepung pintu masuk kompleks mahkamah dan tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke dalam kawasan bangunan.
Ancaman bom itu dipercayai dibuat oleh seseorang yang tidak dikenali menghubungi polis pagi ini dan memberitahu ada bom di kompleks berkenaan.
Sumber ancaman masih belum dapat dipastikan. – 25 Julai, 2019.
Polis telah mengepung pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan tidak membenarkan sesiapa masuk ke kawasan bangunan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Julai, 2019.Orang ramai meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas menerima ancaman bom. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Julai, 2019.Bekas perdana menteri Najib Razak keluar dari mahkamah selepas diberitahu polis tentang ancaman bom di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Julai, 2019.Polis masih belum menemui sumber ancaman bom yang dibuat terhadap Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Julai, 2019.Bekas perdana menteri Najib Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraan SRC International dihentikan berikutan ancaman bom. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Julai, 2019.Orang ramai mulai keluar dari bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan berkumpul di depan pintu masuk. Polis telah mengepung pintu masuk ke mahkamah dan tidak membenarkan sesiapa memasuki bangunan berkenaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Julai, 2019.Polis mengesahkan menerima ancaman bom sekitar jam 12.30 tengah hari di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menyebabkan bangunan itu terpaksa dikosongkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Julai, 2019.Polis mengepung pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke dalam bangunan berkenaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 25 Julai, 2019.
Komen