KEMATIAN 15 Orang Asli suku Bateq akibat wabak campak yang melanda Kampung Kuala Koh, Gua Musang telah membuka mata banyak pihak mengenai pelbagai masalah yang melanda masyarakat itu serta langkah yang perlu diambil.
Bergantung penuh kepada hutan sebagai sumber air dan makanan, masyarakat suku Bateq yang tinggal berdekatan Taman Negara Kuala Koh itu kini bergelut untuk meneruskan hidup ekoran kawasan hutan yang terjejas akibat perladangan dan perlombongan. Ini menyebabkan mereka terpaksa bergantung kepada bantuan kebajikan.
Sejak penularan wabak dikesan pada 3 Jun sehinggalah kuarantin ditamatkan pada 8 Julai, sebanyak 178 kes campak dilaporkan di kalangan masyarakat Orang Asli di tiga negeri - 147 di Kelantan, 23 di Terengganu dan 8 di Pahang.
Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) Dr Steven Chow berkata paras mangan yang dikesan dalam sampel air yang diambil dari sumber air Orang Asli suku Bateq di hutan, sungai dan sumber air paip kampung dari Sungai Pertang.
Paras mangan yang diuji adalah 2.53mg/L, iaitu 12 kali ganda melebihi paras normal iaitu 0.2mg/L.
Walaupun larangan zon merah di Kampung Kuala Koh sudah ditarik balik, hanya 30 orang berada di kampung itu manakala 155 lagi yang dijangkiti wabak campak ditempatkan di penempatan sementara di Gua Musang.
Malaysia mungkin sudah 60 tahun merdeka dan banyak kemajuan telah dicapai sejak itu, tetapi kematian ramai Orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh adalah satu amaran bahawa pemodenan tanpa kawalan menjejaskan hidup mereka. – 20 Julai, 2019.
Sama seperti Orang Asli suku Bateq yang lain, Lesung Binti Langsat dan cucunya masih mengekalkan cara hidup separa nomad dengan berjalan ke dalam hutan untuk membina pondok berdekatan sungai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.Dua anak Jong meninggal dunia akibat demam campak yang melanda Kampung Kuala Koh. Kekurangan makanan katanya menjadikan Orang Asli suku Bateq tiada daya tahan melawan penyakit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.Ani, 38, sukar membawa empat anaknya mendapatkan penjagaan kesihatan yang sempurna disebabkan kedudukan hospital berdekatan terletak hampir 80km dari kampung. Masalah ini menyebabkan kadar kematian bayi Orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh sangat tinggi berbanding angka purata kebangsaan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.Seperti remaja Orang Asli suka Bateq lain, Zam, 18, lebih suka melakukan kerja kampung seperti mencari gaharu, rotan, damar dan madu untuk dijual di pasar luar kampung. Menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), dalam tempoh 20 tahun lalu prestasi Orang Asli suke Bateq di sekolah rendah dan menengah adalah lemah, tiada pelajar lepasan universiti dan yang bekerja sebagai penjawat awam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.Soi Adidas banyak menghabiskan masa dengan membantu keluarga kerana tiada sekolah berdekatan kampungnya. Menteri Pendidikan Maszlee Malik mendedahkan lebih 700 pelajar Orang Asli tercicir dari sekolah rendah dan menengah pada tahun lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.Zul Bin Johari, 3, dijaga oleh neneknya selepas ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain dimasukkan ke hospital akibat jangkitan wabak campak. Hanya kanak-kanak ini yang tidak dijangkiti dalam keluarganya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.
Kuntum Keladi, 60, mempelajari ilmu perubatan tradisional dari ibu bapanya. Dia mendapatkan herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, rempah gunung, ubi careng, gajah beranak and tengkuk biawak dari hutan untuk dijadikan ubat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.Penebangan hutan secara berleluasa untuk ladang sawit memaksa Johan, 65, menanam pisang, jagung dan ubi kayu di kebun kecilnya di Kampung Kuala Koh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.Hanya 30 Orang Asli suku Bateq yang kini berada di Kampung Kuala Koh walaupun larangan zon merah sudah ditark balik. Lagi 155 penduduk yang dijangkiti wabak campak masih berada di penempatan sementara di Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.Kanak-kanak Orang Asli suku Bateq seperti Peri, 10, sejak kecil lagi diajar mengenai kemahiran mencari makanan di hutan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.Orang Asli suku Bateq tidak mempunyai kemudahan kesihatan, pendidikan dan ekonomi yang sempurna sedangkan cara hidup tradisi mereka terjejas akibat kemajuan dan pembangunan di kampung mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.
Masa depan Orang Asli suku Bateq kelam akibat diabaikan kerajaan negeri ditambah pula sumber rezeki mereka di hutan diancam arus pemodenan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 20 Julai, 2019.
Komen