SURUHANJAYA Tinggi Australia dan Kedutaan Belanda di Malaysia hari ini mengadakan upacara memperingati mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 2014.
Antara yang hadir ialah keluarga mangsa, diplomat dari negara yang rakyatnya turut terkorban, wakil kerajaan dan kakitangan MAS.
Pada majlis itu keluarga mangsa menyampaikan penghargaan mereka kepada pasukan penyiasatan bersama yang dipimpin oleh Belanda (JIT) atas hasil usaha kerja mereka tanpa lelah.
MH17 terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia di Donetsk Ukraine kira-kira 40km dari sempadan Rusia.
Seramai 298 penumpang dan anak kapal terbunuh. Kesemua mereka adalah dari Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Belgium, Jerman, New Zealand, Kanada dan Filipina. – 18 Julai, 2019.
Lima lilin dinyalakan bagi menandakan lima tahun sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 pada majlis peringatan yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.Anak perempuan pramugara MH17 Shaikh Mohd Noor Mahmood, Siti Darwiysha Zulaika (tengah) memilih bunga semasa majlis memperingati ulang tahun kelima tragedi pesawat MH17 di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.Keluarga mangsa pesawat MH17 menangis pada majlis memperingati ulang tahun kelima tragedi itu di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.Isteri pramugara MH17 Shaikh Mohd Noor Mahmood, Mardiani Mahdi (kanan) bersama anak perempuannya Zulaika semasa hari memperingati ulang tahun kelima tragedi MH17 di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.Anak ketua pramugari MH17 Dora Shahila Kassim, Nur Diyana Yazeera menyampaikan ucapan semasa majlis memperingati ulang tahun kelima tragedi MH17 di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.Seorang lelaki membantu seorang gadis menyalakan lilin bagi memperingati lima tahun sejak tragedi MH17 berlaku di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.Satu paparan skrin menyenaraikan mangsa MH17 semasa majlis memperingati ulang tahun kelima tragedi MH17 di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.Seorang ahli keluarga mangsa MH17 menangis pada majlis memperingati ulang tahun kelima tragedi MH17 di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.Antara yang hadir pada majlis memperingati ulang tahun kelima mangsa MH17 di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2019.
Komen