AKTIVITI bom ikan berlaku setiap hari di perairan Sabah, membahayakan nelayan dan kehidupan marin, kata pihak berkuasa Sabah.
Kekurangan penguatkuasaan di perairan menyebabkan penggunaan bom ikan yang berleluasa bagi penangkapan ikan secara haram, kata kumpulan nelayan, susulan kematian dua pelancong ketika menyelam.
Walaupun diharamkan, penggunaan bom ikan masih menjadi amalan popular kerana hasilnya hampir tujuh kali ganda berbanding kaedah konvensional.
Bahan peledak, biasanya buatan sendiri, menyebabkan gelombang kuat yang membunuh atau membuatkan ikan terkejut sehingga terapung ke permukaan air. Para nelayan kemudian dengan mudah menyauknya dengan jaring.
Kos dan harga bom ikan tetap murah walaupun tangkapan semakin besar - sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bersama-sama dengan agensi lain yang berkaitan akan meningkatkan operasi untuk memerangi pengeboman ikan di perairan Sabah. – 14 Julai, 2019.
Perkampungan air Kampung Pondoh di Pulau Gaya adalah antara kawasan paling terkenal di Sabah kerana aktiviti bom ikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.Bahan letupan yang sering digunakan oleh nelayan untuk membunuh ikan yang mudah diperoleh di pasaran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.Batu karang yang rosak akibat letupan bom ikan di Kota Belud, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.Nelayan pergi ke laut awal pagi di Semporna, yang sering berlaku aktiviti bom ikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.Penduduk pulau yang dikenali sebagai Bajau Laut membina rumah mereka di atas air di kampung nelayan Musu di Mabul, Semporna. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.Pulau Manukan di Sabah adalah destinasi pelancongan yang terkenal. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.
Nelayan menjual hasil tangkapan secara haram dari atas bot mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.Ikan yang ditangkap secara haram dijual di pasar basah di Kota Kinabalu, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.Nelayan di Kota Kinabalu menggunakan bom pan kerana ia mampu berlayar di perairan cetek dan membolehkan nelayan haram mengelakkan diri daripada dikesan pihak berkuasa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.Ikan karang yang ditangkap dengan bom ikan boleh dibeli di pasar Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 14 Julai, 2019.
Komen