KELANTAN adalah salah sebuah daripada tiga negeri- selain Sabah dan Sarawak- yang mana akses kepada air bersih sudah mencapai tahap kritikal.
Berdekad lamanya, telaga cetek dicemari bangkai haiwan dan sampah sarap menjadi sumber air utama penduduk Kuala Krai.
Kerajaan Kelantan diterajui PAS tidak banyak berusaha untuk menyelesaikan masalah lapuk itu. Ia menyediakan paip untuk menghubungkan bekalan air telaga kepada rumah penduduk, tetapi airnya tidak ditapis.
Selepas banjir besar pada Disember 2014, penduduk Kuala Krai terpaksa bergantung kepada program dua tahun ditaja Maybank Islamic digerakkan oleh Mercy Malaysia untuk membina telaga tiub, tangki air dan empangan.
Penduduk berharap pembinaan sistem graviti air yang mengurangkan kos projek sebanyak 30% di kampung mereka yang terletak jauh di pendalaman dapat mengubah sumber bekalan air bersih.
Akhirnya, selepas bertahun penduduk tidak mendapat air bersih, mereka dapat merayakan Aidilfitri tahun ini tanpa gangguan bekalan. – 19 Jun, 2019.
Seorang lelaki membuka pili air di Kg Sg Tias, Kuala Krai, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Pemilik restoran Nazir Esa berdiri antara dua tangki air yang baharu di bina di Kg Sg Tias, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Penduduk duduk di atas batu berhampiran sebuah empangan di Kg Gertak Kangkong, Kuala Krai. Mereka membantu membina sistem graviti air yang mengurangkan kos projek sebanyak 30% di kampung mereka yang terletak jauh di pendalaman. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Gelas dipenuhi air gunung (kiri) dengan air ditapis di Kg Sg Tias, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Seorang lelaki duduk di paip air baharu di bina berhampiran empangan di Kg Gertak Kangkong, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Seorang lelaki berdiri di atas sebuah empangan di Kg Gertak Kangkong, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Paip air baharu dibina melintasi sebatang sungai di Kg Gertak Kangkong, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Pemandangan sebuah empangan di Kg Gertak Kangkong, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Seorang pelajar lelaki melintasi tangki air baharu dibina oleh Mercy Malaysia di SK Laloh, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Pelajar sekolah menunggu giliran menggosok gigi mereka di SK Laloh, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Seorang lelaki menunjukkan air berkelodak daripada sebatang paip di Kg Gong Genor, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Suri rumah Norashikin Yaso membasuh pinggan mangkuk di Kg Bukit Pagar, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.Suri rumah Norashikin Yaso membuka pili air dalam tandas baharu dibina di Kg Bukit Pagar, Kuala Krai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Jun, 2019.
Komen