TRAGEDI yang menimpa Orang Asli suku Bateq di Kg Kuala Koh terbongkar selepas 14 daripada mereka meninggal dunia akibat radang paru-paru awal bulan ini. Kesemuanya didakwa mengalami kesukaran untuk bernafas.
Kerajaan masih belum dapat menentukan punca kematian mereka. Ada pula yang mendakwa kematian Orang Asli tersebut akibat pencemaran sungai.
Mengikut data dari Kementerian Kesihatan, terdapat 185 Orang Asli suku Bateq di Kg Kuala Koh yang terdiri daripada 39 keluarga.
Sehingga hari ini, lebih separuh daripada penduduk jatuh sakit. Pada mulanya, leptospirosis dan tuberculosis (batuk kering) dilaporkan menjadi punca kepada penyakit penduduk kapung Orang Asli ini.
Komuniti itu sudahpun dipindahkan daripada rumah mereka ke khemah sementara yang terletak jauhnya 2 km daripada lokasi asal.
Mereka kini tidak mempunyai bekalan air bersih untuk mandi, memasak atau membasuh pakaian dan bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk bekalan air minuman.
Sejak wabak itu tercetus, Orang Asli suku Bateq terpaksa meredah hutan hampir sejam untuk mendapatkan air bersih.
Mereka mendakwa sungai berhampiran perkampungan mereka yang digunakan sebagai sumber air kini sudah tercemar.
Komuniti itu yang terkejut dengan penyakit misteri itu, mengebumikan mayat mereka yang meninggal menurut adat mereka tanpa melaporkan kepada pihak berkuasa. – 12 Jun, 2019.
Seorang wanita Orang Asli suku Bateq di dalam hutan dekat kampung bersebelahan jalan masuk ke Taman Negara Kuala Koh di Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Seorang kanak-kanak Orang Asli suku Bateq menangis ketika pegawai kesihatan mengambil sampel darahnya ketika wabak yang meragut nyawa 14 Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Orang Asli suku Bateq menunggu giliran untuk pemeriksaan kesihatan di kampung mereka yang terletak dekat jalan masuk ke Taman Negara Kuala Koh, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Tok Batin, Muhammad Pokok di hadapan kubur Hamdan Keladi dan Romi Hamdan yang meninggal dunia akibat wabak yang meragut 14 nyawa penduduk kampung Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh, Gua Musang di Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Keadaan sebuah lombong bijih besi di Kuala Koh, Gua Musang di Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Seorang pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kelantan melawat kawasan lombong untuk memeriksa pencemaran di sungai yang mengalir ke Kg Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Budak lelaki Orang Asli suku Bateq sedang mandi di sebuah perigi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Kubur seorang remaja Orang Asli suku Bateq, Din yang meninggal dunia akibat wabak yang meragut 14 nyawa penduduk Kg Kuala Koh, Gua Musang di Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengambil sampel air dan tanah dari kawasan lombong yang dikatakan menjadi punca wabak di kampung Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang di Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Pemandangan kolam di kawasan perlombongan di Kuala Koh, Gua Musang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Seorang kanak-kanak suku Bateq sedang tidur di khemah sementara di kampung Orang Asli di Taman Negara Kuala Koh, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Seorang kanak-kanak Orang Asli suku Bateq dikendong ibunya di kampung mereka dekat Taman Negara Kuala Koh, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.Seorang wanita Orang Asli suku Bateq dan dua anaknya sedang berehat di khemah sementara di kampung dekat Taman Negara Kuala Koh, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 12 Jun, 2019.
Komen