SUKAN Para Asean 2017, kejohanan pelbagai acara sukan rantau Asia Tenggara untuk orang kelainan upaya sedang diadakan di Kuala Lumpur mempertandingkan 16 jenis sukan dalam 368 acara.
Sukan Para Asean tradisinya diadakan selepas Sukan Sea di negara sama yang menjadi tuan rumah tahun berkenaan.
Malaysia menjadi tuan rumah untuk acara ini untuk kali ketiga. – 23 September, 2017.
Atlet Myanmar, Aung Nyein Oo memanaskan badan menyiapkan diri untuk acara 200m lelaki gaya bebas, kategori S6 di Sukan Para Asean 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 September, 2017.Atlet kategori T46 bersiap sedia untuk pertandingan akhir lelaki acara 800m di Sukan Para Asean 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 September, 2017.Seorang atlet merejam lembing berdiri untuk menyahut cabaran acara itu di Sukan Para Asean 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 September, 2017.Atlet Indonesia, Doni Yulianto (kanan) mendahului atlet Thailand, K. Thamsopon di pertandingan akhir perlumbaan 1,500m, kategori T54 di Sukan Para Asean 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 September, 2017.Atlet renang bersiap sedia untuk berlepas pada acara 100m Sukan Para Asean 2017 di Pusat Akuatik Nasional, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 September, 2017.Atlet wanita acara merejam lembing menunggu giliran mereka pada Sukan Para Asean 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 September, 2017.Atlet lontar peluru Indonesia beraksi pada Sukan Para Asean 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 September, 2017.Atlet Malaysia Eryanto Bakhtiar beraksi dalam pertandingan akhir acara jarak jauh kategori T46/T47 di Sukan Para Asean di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 September, 2017.
Atlet Thailand, S.Songphinit (dua dari kanan) dan pelari penunjuk arahnya beraksi di acara 100m lelaki, kategori T11 di Sukan Para Asean 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 September, 2017.Seorang atlet lontar peluru beraksi pada Sukan Para Asean 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 September, 2017.Para Kyaw Kyaw Win dari Myanmar terjatuh ketika perlumbaan 400m lelaki, kategori T44 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 September, 2017.Seorang atlet bola keranjang Malaysia terjatuh semasa menentang Myanmar di Pusat Perdadangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 September, 2017.Pemain Laos menggelecek bola dalam perlawanan bola sepak lima sebelah menentang Malaysia pada Sukan Para Asean 2017 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 September, 2017.
Pasukan bola tampar Malaysia (berjersi hitam) menentang Thailand pada Sukan Para Asean 2017 di Pusat Perdadangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 23 September, 2017.Anas Zul Amirul Sidi (kiri) memenangi acara 100m lelaki, kategori S14 pada Sukan Para Asean 2017 di Pusat Akuatik Nasional, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 23 September, 2017.
Komen