PULAU Berhala adalah “syurga” seluas 5 hektar terletak di Sandakan, yang berpotensi luas menjadi kawasan tumpuan pelancong, tetapi sejarah panjangnya adalah manifestasi kehidupan terpinggir- pesakit kusta, tahanan perang dan mangsa konflik bersenjata.
Kawasan padat hutan itu menjadi penempatan pesakit kusta dan pusat tahanan perang ketika penjajahan Jepun era 1940-an.
Apabila konflik bersenjata meledak di selatan Filipina pada tahun-tahun 1970-an, Pulau Berhala menjadi tempat perlindungan pelarian yang diberikan dokumen 1MM13, membolehkan mereka meneruskan kehidupan di Sabah.
Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan.
Selepas 20 tahun, ramai antara mereka sudah jadi warganegara Malaysia, hasil projek sulit “dapat warganegara untuk undi” yang dikenali sebagai “Projek IC”.
Pendatang haram, warga yang dicurigai dan mereka tiada kewarganegaraan sudah lama jadi beban masalah di Sabah, kini kerajaan persekutuan berusaha mengatasinya, termasuklah cadangan memberikan mereka pengenalan diri yang bersesuaian.
Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal banyak kali meluahkan kebimbangan yang “pendatang” ini tidak lagi diterima negara asal kerana sudah terlalu lama menetap di negeri itu.
Pada masa sekarang, 60% daripada 3,400 penduduk pulau itu adalah warganegara Malaysia, sementara 40% lagi adalah pemegang 1MM13 dan tiada kewarganegaraan.
Kanak-kanak warga Malaysia dibenarkan menghadiri sekolah kerajaan terletak di tanah besar Sabah. Tidak ada sekolah di pulau itu.
Mereka bangun seawal jam 4.30 pagi untuk ke sekolah menggunakan bot yang akan berlabuh berhampiran pasar besar Sandakan.
Bagi mereka yang terlewat bangun dan terlepas bot, harga perlu dibayar terlalu mahal.
Ibu bapa perlu mengupah nelayan untuk menghantar anak-anak mereka yang terlewat dengan sebotol petrol dan minyak motor.
Malah, ada kalangan pelajar yang membawa pakaian tambahan supaya mereka boleh tidur di bandar Sandakan, menjimatkan berbanding membayar tambang bot.
Anak-anak pendatang pula tidak dibenarkan ke sekolah kerajaan, maka mereka dididik tentera yang berkawal di pulau itu.
Tentera ini jadi guru kepada anak-anak pendatang, mengajar tulis baca.
Tidak ada kemudahan asas air dan elektrik di pulau ini, dan kebanyakan penduduk bergantung hidup kepada telaga yang dikorek.
Hanya beberapa rumah dilengkapi dengan penjana elektrik, itupun bergantung kepada bekalan minyak untuk menggerakkannya. – 17 Mei, 2019.
Jeti di Pulau Berhala yang mempunyai populasi 3,400 orang, kawasan itu yang terletak dalam Parlimen Sandakan juga kurang bekalan elektrik dan air bersih. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Pelajar sekolah rendah dan menengah bergantung kepada bot untuk membawa mereka ke sekolah di tanah besar Sandakan. Nelayan adalah pembekal pengangkutan utama di Pulau Berhala. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Kehidupan malam di Pulau Berhala, Sandakan. Penduduk jarang merungut tentang kesusahan hidup mereka yang kekurangan banyak bekalan asas seperti elektrik, air bersih dan sekolah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Penjana membekalkan tenaga elektrik sementara kepada penduduk Pulau Berhala, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Kg Pulau Berhala sudah wujud sejak 1972, jadi syurga perlindungan pelarian yang melarikan diri daripada konflik bersenjata selatan Filipina. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Kanak-kanak Pulau Berhala perlu ke tanah besar Sandakan untuk bersekolah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Kanak-kanak pulang dari sekolah di Sandakan. Nelayan adalah pembekal pengangkutan utana di Pulau Berhala. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Kanak-kanak menikmati petang di Pulau Berhala, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Seorang nelayan bersama botnya di Pulau Berhala, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Penduduk kampung bergantung kepada telaga untuk sumber air mentah di Pulau Berhala, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Sekumpulan remaja bermain bola tampar di Pulau Berhala, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Penuduk kampung di surau di Pulau Berhala, Sandakan melepak selepas solat jemaat untuk bertanya khabar dan bercerita antara satu sama lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Penumpang bot dari Pulau Berhala asyik dengan telefon pintar masing-masing dalam bot menuju tanah besar Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Kebanyakan penduduk di Pulau Berhala adalah keturunan suku kaum Bajau dan Suluk. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Antara masalah dihadapi penduduk Pulau Berhala, Sandakan adalah kekurangan sumber bekalan air bersih. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Wajah-wajah kanak-kanak tanpa warganegara dan pemegang kad IMM13 di Pulau Berhala, Sandakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.Dahulunya kawasan perlindungan pesakit kusta zaman penjajah, Pulau Berhala kini adalah komuniti nelayan dengan lebih 3,000 orang yang bergantung kepada laut sebagai sumber pendapatan utama mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 17 Mei, 2019.
Komen