PROGRAM Iftar@KL2019 memberikan pengalaman berbuka puasa beramai-ramai kepada semua sambil menikmati keindahan ibu kota Kuala Lumpur.
Program yang diadakan sejak 2012 ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kebangsaan (JKKN) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) itu diadakan di Jalan Raja.
Seramai 79,000 orang menyertainya tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kali ini dengan adanya bazar Ramadan di Jalan Raja yang antara lain menjual pelbagai barangan untuk persediaan menyambut kedatangan Aidilfitri.
Program ini diadakan bertujuan untuk menyerlahkan keindahan Ramadan sebagai bulan beribadat dan memupuk rasa kasih sayang antara satu sama lain melalui kebajikan serta membina hubungan antara kaum. Terdapat juga makanan dan minuman percuma.
Iftar@KL 2019 akan diadakan enam kali pada Sabtu dan Ahad bermula minggu ini, diikuti 18, 19 Mei dan 25, 26 Mei. Sebanyak 200 pegawai terlibat untuk memastikan kelancaran program ini. – 13 Mei, 2019.
Pelajar tahfiz menunggu untuk berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Seorang wanita menyediakan minuman sebelum berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Murid dari sekolah tahfiz menunggu untuk berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Pelajar tahfiz membaca al-Quran sebelum waktu berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa program Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Seorang ibu menyuapkan anaknya makanan semasa Iftar@KL 2019 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.
Orang Islam menunggu waktu untuk berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Seorang pelajar membaca al-Quran sementara menanti waktu berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Ahli keluarga berdoa sebelum berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Seorang ibu mengajar anak perempuannya membaca doa sebelum mereka berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Pengunjung berbangsa lain juga tidak ketinggalan bersama-sama berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Seorang ibu menyuap anaknya makan ketika program Iftar@KL2019 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Kanak-kanak menikmati hidangan ketika berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Satu keluarga duduk di padang Dataran Merdeka ketika mereka berbuka puasa di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.Umat Islam bersembahyang selepas berbuka puasa di Dataran Merdeka semasa Iftar@KL 2019 di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 13 Mei 2019.
Komen