Selepas kira-kira dua jam setengah, perhimpunan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di Kuala Lumpur, bagi mempertahankan hak-hak Melayu dan monarki, telah bertukar sebagai himpunan baju hujan akibat hujan lebat melanda sehingga ucapan pemimpin dipendekkan dan menyebabkan penunjuk perasaan bergegas pulang.
Kesetiaan kepada raja-raja Melayu adalah tema dalam perhimpunan gabungan kumpulan Islam yang bermula di ibu negara pada sebelah petang.
Penganjur himpunan mengatakan mereka membantah Statut Rom dan turut menjelaskan isu-isu semasa yang mengaitkan bahawa masyarakat Islam dan institusi monarki diancam.
Perhimpunan itu tetap diadakan walaupun Putrajaya telah menarik balik ratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
“Uniform” baju putih yang menggambarkan sembilan raja Melayu dengan kata-kata “Daulat Tuanku” dijual dengan harga RM15 setiap satu. – 4 Mei, 2019.
Para penunjuk perasaan berkumpul ketika Himpunan Ummah. Himpunan itu mengambil warna putih sebagai ‘uniform’ melambangkan raja-raja Melayu. Kemeja T dengan perkataan ‘Daulat Tuanku’ dijual dengan harga RM15. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mei, 2019.Para peserta himpunan memakai ponco berteriak di dalam hujan pada Himpunan Ummah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mei, 2019.Seorang lelaki menahan tangis sepanjang himpunan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mei, 2019.Penunjuk perasaan mengangkat plakad sewaktu Himpunan Ummah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, May 4, 2019.Peserta mengangkat bendera sewaktu Himpunan Ummah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mei, 2019.Selepas dua jam, Himpunan Ummah dipenuhi peserta berbaju hujan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mei, 2019.Himpunan Ummah dipenuhi plakad menyokong Islam yang diangkat pesertanya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 4 Mei, 2019.Sekumpulan peserta mengangkat plakad menunjukkan sokongan kepada keluarga diraja Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mei, 2019.Pesewrta berkumpul untuk mendengar ucapan pemimpin dalam Himpunan Ummah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mei, 2019Peserta memakai baju hujan ketika mendengar ucapan di dalam hujan sewaktu himpunan Ummah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 4 Mei, 2019.
Komen