HARI Kebebasan Media Sedunia jatuh pada 3 Mei, dan Malaysia menyaksikan peningkatan ketara dalam aspek ini. Negara melompat 22 anak tangga daripada 145 kepada 123 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2019 dikeluarkan Reporters Without Borders.
Malaysia berada ditempat kedua dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Timor Leste berada di tangga 84 dunia seterusnya pertama di rantau ini.
Skor dan ranking dinilai berasaskan tahap pluralisme, kebebasan media, persekitaran untuk media dan tapisan kendiri, kerangka perundangan, ketelusan serta kualiti infrastruktur yang menyokong penerbitan berita dan maklumat.
Penantian adalah “amalan kerja” biasa untuk wartawan Malaysia sejak tarikh keramat 9 Mei 2018. Malah, dalam industri ada kata-kata hikmah berbunyi “menunggu berjam, dapat bercakap beberapa minit”.
Berdepan cabaran dan kesukaran, wartawan memainkan peranan penting untuk menggali, mendedah dan memaklumkan fakta serta kebenaran kepada rakyat tanpa rasa takut dan gentar.
Selamat Hari Kebebasan Media! – 3 Mei, 2019.
Pengamal media melindungi kamera mereka dengan kotak daripada hujan ketika menunggu sidang media di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Pengamal media menunggu sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Sekumpulan wartawan menulis laporan selepas wawancara di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Seorang wartawan (tengah berdiri) melakukan lintas langsung kepada agensinya di hadapan banguan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Pengamal media berehat sementara menanti sidang media di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Pengamal media menanti ketibaan bekas perdana menteri Najib Razak untuk perbicaraan kes SRC International di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Pengamal media menunggu berhampiran ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Pengamal media menanti di luar pintu utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selepas hujan pagi di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Seorang wartawan menghabiskan masa membaca buku sementara menanti sidang media di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Sekumpulan wartawan menulis laporan mereka selepas wawancara di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berswafoto dengan pengamal media yang menanti pembebasan Anwar Ibrahim di Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur tahun lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Pengamal media bersedia untuk sidang media pada perbicaraan Najib Razak di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.Wartawan menemuramah bekas perdana menteri Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Mei, 2019.
Komen