PERBICARAAN kes SRC International melibatkan bekas perdana menteri perdana menteri Najib Razak masuk hari ke-10 hari ini.
Perbicaraan itu adalah pertama kali bagi rakyat Malaysia, yang tidak pernah menyaksikan perdana menteri, bekas atau penyandang jawatan, diheret ke mahkamah bagi menjawab segala pertuduhan jenayah.
Bagaimanapun, perbicaraan yang baharu seminggu bermula membuktikan segala dakwaan mengenai sikap borosnya dalam berbelanja, dengan pembayaran cek dalam jumlah yang besar kepada banyak pihak - daripada tukang paip hinggalah kepada penyokong politik.
Sebanyak RM156,500 dikeluarkan daripada akaun AmBank untuk membayar seorang pereka kabinet dapur dan pakar pemasangan paip untuk ubah suai kediaman persendiriannya di kawasan mewah Langgak Duta di Kuala Lumpur.
Pengurus AmBank, R. Uma Devi juga memberi keterangan yang RM4 bilion dipindahkan daripada SRC International menerusi anak syarikatnya Gandingan Mentari menjelang Mac 2012 dan RM37 juta kemudian dipindahkan ke akaun peribadi Najib antara 2014 dan 2015.
Uma juga memberitahu mahkamah lebih RM3 juta dipindahkan daripada akaun AmBank Najib pada 11 Ogos 2014 untuk membayar dua bil kad kredit.
Najib berdepan tiga tuduhan jenayah pecah amanah tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa terhadap dana berjumlah RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International. – 29 April, 2019.
Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraannya membabitkan dana SRC International pada Rabu lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.
Najib Razak kembali ke ruang mahkamah selepas berhenti makan tengah hari semasa perbicaraannya yang membabitkan dana SRC International di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.Najib Razak (kedua dari kanan) menggunakan telefon bimbitnya di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika perbicaraan kes membabitkan dana SRC International pada Rabu berhenti rehat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.Seorang pembantu yang membawa bantal kecil ke mahkamah semasa perbicaraan SRC International membabitkan Najib Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada minggu lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.
Bekas perdana menteri Najib Razak (kiri) membawa sebuah buku sambil berjalan keluardari bilik mahkamah untuk rehat makan tengah hari semasa perbicaraannya membabitkan dana SRC International pada 18 April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.
Bekas perdana menteri Najib Razak berehat di kantin semasa mahkamah berhenti rehat bagi perbicaraannya membabitkan dana SRC International di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 18 April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.Najib Razak meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas perbicaraannya membabitkan dana SRC International pada 3 April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraannya membabitkan dana SRC International pada 16 April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.Najib Razak bercakap kepada wakil media di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas perbicaraannya melibatkan dana SRC International pada Isnin lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.Najib Razak (tengah) memarahi seorang pegawai polis apabila seorang pelajar tidak dikenali (kanan) menghampiri beliau di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas perbicaraannya yang membabitkan dana SRC International pada 17 April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.Najib Razak kembali ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas rehat makan tengah hari bagi perbicaraannya yang melibatkan dana SRC International pada 17 April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.
Najib Razak (kanan) bersarapan di kantin apabila mahkamah berhenti rehat semasa perbicaraannya yang membabitkan dana SRC International di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 18 April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.Saksi Uma Devi Ragavan (kiri), pengurus cawangan Ambank di Jalan Raja Chulan dan pegawai Bank Affin Rosaiah Rosli, meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk rehat makan tengah hari semasa perbicaraan SRC International pada Rabu lepas. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.Saksi Mohamad Zakariyya Zearat Khan (kiri), yang menjalankan syarikat pemasangan paip MOZ Malaysia, bersama Najib Razak di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 April. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 April, 2019.
Komen