DARI saat kita bangun tidur setiap pagi dan menggosok gigi hinggalah tiba kita memadam lampu di penghujung hari, kita dikelilingi dengan plastik.
Ia menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan moden, daripada sudu garpu, penyedut minuman dan botol hinggalah kepada komponen kereta dan pesawat.
Materialnya yang murah, ringan, tahan lasak dan mudah dibentuk, menjadikan permintaan produk itu amat tinggi. Contohnya, hampir sejuta botol minuman dijual setiap minit di seluruh dunia.
Namun, plastik tidak semurah yang kita fikirkan. Kosnya? Alam sekitar.
Malaysia berada di tempat kelapan negara paling teruk di dunia kerana sisa plastik, menurut satu kajian bertajuk “Plastic Waste Inputs from Land into the Ocean” dalam majalah Science edisi Februari 2015.
Kajian itu mendapati Malaysia menghasilkan hampir sejuta tan sisa plastik yang tidak diuruskan dengan baik pada 2010, iaitu 0.14 hingga 0.37 juta tan mungkin termasuk ke dalam lautan.
Jumlah itu menyumbang kepada lebih lima trilion bahan plastik terapung di lautan kita. – 25 April, 2019.
Penduduk Datuk Keramat masih boleh memancing dari Sg Klang yang tercemar dengan sisa isi rumah, plastik dan sampah lain. Sama ada mikro plastik yang dimakan ikan menjejaskan manusia, masih tidak diketahui lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Botol dan produk plastik lain memenuhi permukaan Sg Klang di Klang, Selangor. Kira-kira 11% sisa isi rumah ialah plastik dan botol yang membentuk 40% daripadanya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Seekor itik kelihatan tersekat dengan beg plastik di Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Sehingga trilion beg plastik dibuang setiap tahun di seluruh dunia. Plastik boleh termasuk dalam perut haiwan menyebabkan mereka rasa kenyang dan menghalangnya daripada makan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Seekor anjing merayap di sekitar sisa import untuk dilupuskan di Jenjarom, Selangor. Malaysia menjadi tapak pembuangan sampah utama dunia selepas China berhenti mengimport sisa plastik pada awal 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Plastik amat popular sebagai perkakas alatan dapur di pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Pengguna lebih suka membeli barangan dibuat daripada plastik kerana lebih murah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Peniaga di pasar basah Chow Kit turut menyumbang kepada masalah penggunaan plastik di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Suasana selepas hiruk-pikuk pasar pagi di Kota Baru, Kelantan. Purata masa beg plastik digunakan hanya 12 minit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Pekerja mengutip sampah dibuang oleh pengunjung di ibu kota. Data menunjukkan hanya 9% beg plastik dikitar semula dan 12% dibakar. Selebihnya berakhir di pusat pembuangan sampah dan alam sekitar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Botol plastik, mainan dan polistirena terhanyut ke sungai oleh air banjir ke Sg Klang ketika hujan lebat di pusat bandar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Hidupan liar berdepan beg plastik ketika mencari makanan di tepi sungai selepas sampah dihanyutkan ke Sg Klang akibat arus deras selepas hujan lebat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Sebuah lori penuh dengan sisa plastik import kelihatan di Jenjarom, Selangor. Sisa import sering diproses secara salah iaitu melalui pembuangan atau pembakaran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Hampir 1,000 tan sisa plastik dikutip setiap bulan di perangkap sampah di Sg Klang yang dipasang di pertembungan Sg Kandis dan Sg Pinang di Shah Alam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.Sebuah bot laju melintasi bahagian di Sg Klang yang lebih bersih, terpisah daripada sampah terapung yang terdiri daripada 70% plastik, terperangkap dengan kayu balak di sungai itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 April, 2019.
Komen