KEINDAHAN sebuah kampung berusia 125 tahun di Putatan akan berubah selamanya apabila pembinaan Lebuhraya Pan Borneo melalui Kampung Ketiau yang merupakan perkampungan nelayan.
Pembinaan lebuh raya itu adalah sebahagian Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu, yang melibatkan pembinaan sejauh 3.6km, melalui Kampung Dumpil, Ketiau dan Duvanson.
Kebanyakan penduduknya berasal dari kumpulan etnik Bajau dengan keluarga menjangkau empat generasi.
Secara tradisinya, penduduknya adalah nelayan tetapi kira-kira dua generasi yang lalu ramai yang memperoleh kerja di bandar.
Kebanyakan belia kini lebih suka bekerja di pejabat dan bukannya meneruskan pekerjaan nenek moyang mereka sebagai nelayan.
Kediaman 11 penduduk kampung akan dimusnahkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan, tetapi masih belum menerima pampasan daripada kerajaan negeri.
Dipercayai Jabatan Kerja Raya Negeri melambatkan pembayaran kerana harganya yang terlalu tinggi.
Harga itu dipersetujui semasa pentadbiran Barisan Nasional tetapi disemak semula oleh kerajaan yang dipimpin oleh Warisan, yang mengambil alih pentadbiran negeri itu selepas pilihan raya 9 Mei tahun lepas. – 20 April, 2019.
Pemandangan Lebuhraya Pan borneo dari Kinarut, Sabah. Ia adalah sebahagian daripada Jalan Lingkaran Luar Kota Kinabalu, yang melalui Kampung Dumpil, Ketiau dan Duvanson. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Penduduk kampung beratur menaiki kereta api untuk bekerja di Ketiau, Sabah. Kebanyakan penduduknya berasal daripada kumpulan etnik Bajau yang tinggal sejak empat generasi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Penduduk kampung menaiki bot menyeberangi sungai di Kampung Ketiau, Sabah. Sungai adalah pengangkutan bagi penduduk tempatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Seorang lelaki tua dan dua kanak-kanak melihat kawasan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Kampung Ketiau, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.
Bangunan perumahan PPR di Kampung Ketiau. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Suasana di jeti Kampung Ketiau, Sabah pada waktu malam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Penduduk Kampung Ketiau, Sabah kebanyakannya berasal daripada kumpulan etnik Bajau dan secara tradisinya adalah nelayan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Pemandangan bandar Putatan berhampiran Kampung Ketiau, Sabah. Estetika kampung berusia 125 tahun di Putatan ini akan berubah selamanya dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Penduduk kampung Kampung Ketiau menaiki kereta api untuk bekerja. Kebanyakan belia kampung lebih suka bekerja di pejabat dan bukannya meneruskan pekerjaan nenek moyang mereka sebagai nelayan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Papan tanda di tapak pembinaan Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Kampung Ketiau, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Penduduk Kampung Ketiau, Sabah bermain bola sepak sebagai sebahagian daripada aktiviti harian mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Empat generasi kaum wanita di Kampung Ketiau rancak berbual antara satu sama lain. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.Penduduk Kampung Ketiau, Sabah biasanya keluar memancing apabila matahari terbenam. Generasi muda kampung nelayan ini lebih senang bekerja di bandar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 20 April, 2019.
Komen