SONGKRAN, atau Pesta Air Thai, diraikan oleh masyarakat berketurunan Siam di Malaysia yang kebanyakannya menetap di negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Perlis.
Songkran juga merupakan Tahun Baharu Buddha, yang disambut oleh masyarakat Siam Pulau Pinang di Wat Chaiyamangalaram, atau Kuil Buddha Tidur, di Pulau Tikus, George Town.
Sambutan perayaan ini jatuh pada 13 April setiap tahun dan di Thailand, sambutan Songkran selama tiga hari bermula dengan lawatan ke kuil yang mana penganut akan menawarkan makanan kepada sami. Penganut juga akan mencurahkan air ke atas patung Buddha yang menjadi simbol penyucian dan membuang segala dosa dan nasib malang.
Sejak berabad lamanya, perayaan Songkran sudah berevolusi menjadi satu sambutan yang panggil perang air terbesar di dunia. Di beberapa bandaraya utama, perayaan itu disambut dengan perarakan dan orang ramai akan menyimbah air kepada satu sama lain. Penduduk tempatan dan warga asing “bersenjatakan” senapang air mainan dan baldi akan berkumpul di jalanan, dan kemeriahannya menjadikan ia kekal hingga ke hari ini. – 15 April, 2019
Masyarakat Pulau Pinang bermain air meraikan sambutan Songkran di kuil Wat Chaiyamangalaram di George Town. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019 Kemeriahan sambutan Songkran di kuil Wat Chaiyamanglaram George Town. Perayaan ini bukan sahaja disertai penduduk tempatan malah turut menarik perhatian pelancong. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019Kanak-kanak tidak ketinggalan bermain air pada sambutan Songkran di kuil Wat Chaiyamangalaram di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST LOh, 15 April, 2019Konsulat Thailand di Pulau Pinang Sukoom Somprasonk turut berdoa bersama sami Buddha pada sambutan Songkran di kuil Wat Chaiyamangalaram di George Town, Pulau Pinang.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019 Sami dari Thailand beribadat pada sambutan Songkran di kuil Wat Chaiyamangalaram di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019 Sami dan pengunjung kuil mengelak daripada disimbah air pada sambutan Songkran di kuil Wat Chaiyamangalaram, di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019 Penganut memandikan patung Buddha pada sambutan Songkran di kuil Wat Chaiyamangalaram di George Town, Pulau Pinang.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019 Kanak-kanak "bersenjatakan" pistol air tidak ketinggalan memeriahkan sambutan Songkran di kuil Wat Chaiyamangalaram di George Town, Pulau Pinang.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019Semua peserta sambutan Songkran menyimbah air antara satu sama lain di kuil Wat Chaiyamangalaram di George Town, Pulau Pinang.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019 Pistol air menjadi "senjata" pilihan utama dalam meraikan sambutan Songkran di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019Pasangan ini turut bergembira pada sambutan Songkran di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019 Peserta turut menggunakan beg plastik untuk menyimbah air pada orang lain pada sambutan Songkran di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 15 April, 2019
Komen