SEJAK 19 tahun lalu, Raudhatus Sakinah menjadi pusat perlindungan dan pendidikan kepada belia yang berdepan masalah sosial, terutamanya gadis yang mengandungkan anak tidak sah taraf di Selangor.
Pusat itu ditubuhkan bertujuan menawarkan peluang kedua kepada gadis remaja. Tahun ini sahaja, pusat itu menerima 35 belia dan menawarkan perlindungan dan pendidikan kepada mereka selama 15 bulan.
Pada 2016, statistik Kementerian Kesihatan mengatakan sejumlah 3,980 daripada 13,831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandungkan anak tidak sah taraf.
Pusat perlindungan itu menyediakan modul untuk mendidik remaja berkenaan, seperti pengajian Islam, seni dan aktiviti rekreasi. – 15 September, 2017.
Bayangan seorang penghuni Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September , 2017.Penghuni Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Selangor bermain congkak ketika waktu rehat tengah hari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September , 2017.Tahun ini sahaja, Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah menerima 35 remaja yang ditawarkan pendidikan selama 15 bulan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September , 2017.Penghuni Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Selangor sedang bermain catur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September ,2017.
Seorang penghuni Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Selangor sedang membaca Al-Quran. Pusat perlindungan itu memberikan peluang kedua kepada gadis remaja. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September , 2017.Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah menyediakan modul untuk mendidik remaja seperti modul pengajian Islam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September , 2017.Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah berperanan sebagai pusat perlindungan dan pendidikan untuk remaja yang mempunyai masalah sosial, terutama sekali mereka yang mengandungkan anak tidak sah taraf. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September , 2017.Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah menyediakan modul untuk mendidik remaja seperti modul pengajian Islam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 September , 2017.
Komen