TAMAN-TAMAN Sabah (TTS) komited untuk memelihara status Warisan Dunia Unesco bagi Gunung Kinabalu walaupun terdapat peningkatan jumlah pendaki harian.
Pengarahnya, Dr Jamili Nais berkata pembukaan rasmi penginapan baru yang dinamakan Mokodou dan Kinatoki iaitu hostel 50 katil akan menambah bilangan pendaki kepada 165 berbanding had maksimum 135 sehari.
Hostel itu akan menggantikan Hostel Panarlaban dan pusat penginapan Gunting Lagadan yang rosak semasa gempa bumi pada 2015.
“Selepas gempa bumi, para pendaki hanya terhad kepada 135 orang. Sebagai percubaan, kami menetapkan 165 orang dan akan menambah kepada bilangan maksimum 185 pendaki, yang masih berada di bawah kapasiti.”
Gempa bumi berskala 5.9 magnitud selama 10 saat itu mengorbankan 18 nyawa dan aktiviti mendaki digantung selama hampir tiga bulan.
Laluan 8.72km dari Pintu Gerbang Timpohon ke Lows Peak pada ketinggian 4,095m dibuka semula pada 1 September 2015.
Penginapan yang sedia ada di Panalaban dibina oleh tentera semasa pentadbiran Berjaya pada awal tahun 1980-an. Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di rantau ini pada 13,435 kaki (4,095m) adalah Tapak Warisan Dunia. – 11 April, 2019.
Pemandangan menakjubkan Bima Sakti di atas Puncak Selatan di Gunung Kinabalu. Masa terbaik untuk melihat Bima Sakti adalah sekitar April dan Julai. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Pemandangan awan yang umpama permaidani dilihat dari Laban Rata. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Para pendaki berehat dan mengambil gambar di puncak Gunung Kinabalu di Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Penginapan baharu bernama Mokodou dan Kinatoki akan menambah bilangan pendaki kepada 165 berbanding 135 orang sehari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Seorang pendaki memulakan pendakian pada pukul 2.30 pagi ke pusat pemeriksaan Sayat Sayat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Kompilasi gambar pengangkut barang yang membawa semua keperluan seperti silinder gas, pek dan makanan sehingga ke Laban Rata. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Kompilasi gambar pendaki di Laban Rata sebelum mendaki Gunung Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Kompilasi foto pelbagai tumbuhan dan haiwan di Pintu Gerbang Timpohon ke Gunung Kinabalu. Kawasan gunung dan persekitarannya adalah antara tapak biologi paling penting di dunia dengan lebih 600 spesis paku pakis, 326 spesies burung, dan 100 spesies mamalia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April 2019.
Pendaki di puncak Gunung Kinabalu di Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Keindahan kawasan Kundasang yang dilihat dari puncak Gunung Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Gunung Kinabalu adalah satu daripada lokasi tempat terbaik untuk menyaksikan keindahan matahari terbit. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Pelancong diberi taklimat oleh pemandu gunung sebelum mendaki Pintu Gerbang Timpohon. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Seorang pelancong menangkap gambar matahari terbit di Gunung Kinabalu, Sabah. Suhu biasanya pada -10°C hingga 10°C pada Disember hingga Januari, dan 3°C hingga 15°C pada Jun hingga September. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Panalaban adalah perhentian atau kem untuk pendaki berehat sebelum meneruskan bahagian kedua pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. Ia berada antara 3,230 meter dan 3,323 meter di atas paras laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 11 April, 2019.
Komen