JABATAN Alam Sekitar (JAS) sudah memberi jaminan yang Sungai Kim Kim di Pasir Gudang bebas pencemaran selepas operasi pembersihan besar-besaran dilakukan.
Pengarah JAS Dr Mohammad Ezzani Mat Salleh berkata ujian menunjukkan kualiti udara kawasan itu berada pada tahap selamat.
Pelupusan bahan kimia haram di sungai itu dua minggu lalu memberi kesan buruk kepada kesihatan lebih 1,000 orang, kebanyakannya pelajar sekolar berhampiran Sungai Kim Kim.
JAS berkata 20 tan bahan kimia mungkin dibuang ke dalam sungai tersebut, mencetuskan krisis kesihatan awam dan alam sekitar.
111 buah sekolah di seluruh Pasir Gudang diarah tutup sejak krisis tercetus, yang bermula pada 7 Mac apabila pelajar sekolah mula jatuh sakit. Sekolah yang ditutup akan mula dibuka esok. – 30 Mac, 2019.
Matahari terbit ketika bot bergerak mengorak alunan air Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.Pembuangan sisa kimia ke dalam sungai itu dua minggu lalu telah menjejaskan lebih kurang 1000 penduduk di kawasan sekitarnya. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Mac, 2019.Guru dan polis bersama-sama membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih di Pasir Gudang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Mac, 2019.Kanak-kanak bermain di pantai yang terletak 5 kilometer dari Sungai Kim Kim di Pasir Gdang, Johor. Jabatan Alam Sekitar Johor mengumumkan sungai itu bebas dari sisa toksik tersebut. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Mac, 2019.Nur Satria, nelayan separuh masa mengawal bot beliau di Sg Kim Kim, Pasir Gudang, Johor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Mac, 2019.Nelayan memeriksa bot mereka di jeti berdekatan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Mac, 2019.Sukarelawan membersihkan kawasan sekolah. Sekurang-kurangnya 111 ditutup ekoran insiden di Sungai Kim Kim. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Mac, 2019.Guru dan polis bersama-sama membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih di Pasir Gudang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Mac, 2019.Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih in Pasir Gudang akan dibuka semula selepas beberapa minggu menyaksikan antara insiden pencemaran sungai terburuk di Malaysia. - The Malaysian Insight pic by Nazir Sufari, March 30, 2019.Seorang pekerja membersihkan restoran di Taman Pasir Putih in Pasir Gudang, Johor. Guru dan polis bersama-sama membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih di Pasir Gudang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 Mac, 2019.
Komen