MINGGU lalu, sisa kimia dibuang secara haram ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor.
Gas toksik daripada sisa buangan itu menyebabkan lebih 1,000 orang jatuh sakit, kebanyakannya pelajar sekolah yang terletak di sepanjang sungai.
Pelbagai agensi kerajaan sedang berusaha melakukan pembersihan untuk mencegah penyebaran sisa toksik. – 15 Mac, 2019.
Kanak-kanak melihat kakitangan Hazmat membersihkan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Taman Pasir Putih di Pasir Gudang, Johor. Rumah mereka terletak kira-kira 50 meter dari Sungai Kim Kim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
Penduduk sekitar melihat pasukan Hazmat memeriksa tahap gas toksik udara di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
Orang ramai yang terhidu toksik dari Sungai Kim Kim yang tercemar di Pasir Gudang menerima rawatan di pusat perubatan di Stadium Perbandaran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
Pelajar SMK Taman Nusa Damai mengambil keputusan SPM mereka di Jabatan Pelajaran Daerah Pasir Gudang di Johor semalam. Sekolah ini adalah satu daripada 111 yang ditutup susulan pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
Hazmat personnel inspecting the area near Sg Kim Kim in Pasir Gudang, Johor. – The Malaysian Insight pic by Nazir Sufari, March 16, 2019.Pasukan Hazmat memeriksa kawasan berhampiran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
Unit Hazmat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat membersihkan Sungai Kim Kim daripada sisa toksik yang dibuang secara haram. Lebih 1,000 orang terjejas sejak 7 Mac. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
A baby affected by toxic fumes from the polluted Sg Kim Kim in Pasir Gudang receiving treatment at a medaKanak-kanak turut mendapatkan rawatan di pusat perubatan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor akibat pencemaran sisa toksik dari Sungai Kim Kim. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
ical base in Stadium Perbandaran Pasir Gudang in Johor. – The Malaysian Insight pic by Nazir Sufari, March 16, 2019.Penduduk setempat mendapatkan rawatan di pusat perubatan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
Orang ramai mendapatkan rawatan di pusat perubatan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
Kanak-kanak memakai topeng muka membantu ibu bapa mereka di sebuah kedai di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
Unit Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat membersihkan sisa toksik Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 16 Mac, 2019.
Komen