PERARAKAN Yosakoi merupakan festival Jepun yang penuh berwarna-warni diadakan di Padang Kota Lama George Town. Acara ini anjuran Kelab Pink Hibiscus sejak Mac 2013.
Acara dimulakan dengan ucapan terima kasih oleh kelab berkenaan untuk kutipan RM1.6 juta daripada penduduk Pulau Pinang berikutan gempa bumi di Tohoku, Jepun pada 11 Mac, 2011. Sejak itu, acara ini diadakan setiap tahun pada Sabtu kedua setiap Mac iaitu tarikh terdekat ulang tahun bencana alam itu.
Ratusan peserta mengambil bahagian dalam acara tarian dan program kesihatan yang diinspirasikan daripada aktiviti kebudayaan Jepun. Tahun ini, sebanyak 130 penari berarak di jalanan, menari dan menyanyi bagi meraih anugerah pada malam itu.
Peserta Cosplay, yang diketuai oleh pengasas Cure Cosplay dari Jepun, Tatsumi Inui turut mengambil bahagian dalam perarakan itu. Mengenakan busana ala Shakespeare, beliau berinteraksi dengan orang ramai dan turut bergambar.
Acara utama pada perarakan itu adalah perarakan Muzukake Mikoshi. Tahun ini, dua mikoshi menyertai perarakan berkenaan.
Mikoshi adalah sebuah kuil kecil mudah alih yang dibawa oleh penganut sebuah kuil semasa perayaan. Semasa perayaan, kuil ini dibawa oleh kanak-kanak yang disiram dengan air oleh penonton yang melintas jalan. Mereka percaya orang dewasa yang menyiram air pada kanak-kanak akan mendapat nasib baik. – 11 Mac, 2019
Tatsumi Inui (kiri), yang merupakan peserta Cosplay teerkenal dari Jepun bersama peserta lain pada festival Yosakoi di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Salah seorang peserta Cosplay menggayakan busana pada festival Yosakoi di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Peserta Cosplay menggayakan busana pelbagai watak pada festival Yosakoi di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Peserta bergaya untuk rakaman video pada festival Yosakoi yang memasuki tahun ke-7 diadakan di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Tarian dipersembahkan oleh peserta turut memeriahkan festival Yosakoi di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Peserta membuat persembahan pada festival Yosakoi yang diadakan di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Pelebagai watak digayakan peserta Cosplay pada perarakan Yosakoi yang diadakan di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Persembahan yang diadakan oleh peserta perarakan mewarnai festival Yosakoi di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Pelajar sekolah tidak ketinggalan menyertai perarakan festival Yosakoi di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Pelajar sekolah membuat persembahan tarian pada festival Yosakoi di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Persembahan berwarna warni oleh pelajar sekolah pada festival Yosakoi memeriahkan lagi acara. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Persembahan tarian oleh pelajar sekolah pada festival Yosakoi di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Pelbagai watak digayakan peserta Cosplay pada perarakan Yosakoi di George Town, Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019Pelajar sekolah mengusung mikoshi, iaitu sebuah kuil kecil mudah alih yang turut diarak pada festival Yosakoi di Pulau Pinang. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 11 Mac, 2019
Komen