STATUS Pulau Kukup menjadi tumpuan ramai selepas keputusan Johor membatalkan statusnya sebagai taman negara dan memasukkannya dalam senarai “tanah kesultanan” di bawah Enakmen Tanah Kesultanan 1934, sekaligus meletakkan pulau berharga itu dalam kuasa Sultan Johor.
Pulau Kukup adalah pulau paya bakau kedua terbesar dunia yang tidak berpenghuni dan diletakkan dalam senarai “Paya Bakau dengan Kepentingan Antarabangsa” di bawah Konvensyen Ramsar 1971.
Buat masa kini, Johor mempunyai enam taman negara, termasuklah Endau-Rompin Peta, Endau-Rompin Selai, Tanjung Piai, Pulau Kukup, Gunung Ledang dan Taman Marin Sultan Iskandar.
Pulau Kukup seluas 647 hektar dan dikelilingi hampir 800 hektar dataran berlumpur.
Pulau tidak berpenghuni itu digazetkan sebagai taman negara 21 tahun lalu dan dianggap salah sebuah hutan paya bakau berharga yang dilindungi di dunia. – 7 Mac, 2019.
Pemandangan Taman Negara Pulau Kukup diambil dari bandar Pontian di Johor. Pulau Kukup seluas 647 hektar dan dikelilingi hampir 800 hektar dataran berlumpur dianggap salah satu hutan paya bakau berharga dunia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.Pelancong di Pulau Kukup, terletak di Pontian, Johor. Pulau tidak berpenghuni itu digazetkan sebagai taman negara 21 tahun lalu dan dianggap salah satu hutan paya bakau berharga dilindungi dunia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.Pelancong di Pulau Kukup yang terletak dalam daerah Pontian, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.Pelancong melawat Taman Negara Pulau Kukup tiba menggunakan bot dari bandar terhampir, Pontian. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.
Seorang kanak-kanak memerhati seorang pekerja mencuci sangkar ikan berhampiran Pulau Kukup, Pontian, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019. Sekumpulan bangau di Taman Negara Pulau Kukup, Pontian, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.Nelayan dan hasil tangkapan mereka di jeti Pulau Kukup, Pontian, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.Seorang pekerja menolak troli dipenuhi dengan kayu bakau di Pekan Kukup, Pontian, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.Kayu bakau tumbuh di Pulau Kukup yang terletak hanya 300m dari Pekan Kukup, Pontian, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.Rahimah Abdul Ghani duduk di beranda rumahnya di Pekan Kukup, Pontian, Johor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 7 Mac, 2019.
Komen