BAGI negeri berasaskan pertanian seperti Perlis, Februari dan Mac adalah “masa rehat” selepas kerja keras di bendang ketika musim menuai selesai.
Bulan ini juga menandakan peralihan dari cuaca sejuk kepada kering dan berangin kerana suhu meningkat melebihi 35 darjah Celsius di negeri ini.
Oleh itu, sawah padi akan kering hinggalah musim hujan seterusnya dan kemudian petani akan kembali menanam padi.
Bagi memenuhi masa lapang para petani, kerajaan negeri dengan beberapa agensi, seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Pertanian, menganjurkan festival menuai yang dikenali sebagai Pesta Angin Timur.
Satu daripada permainan dan pertunjukan termasuklah lumba kerbau besi.
Sebelum ini, petani menggunakan kerbau untuk membajak sawah tetapi ia kini digantikan dengan mesin sejak 30 tahun yang lalu.
Bagaimanapun, semasa Pesta Angin Timur, pesawah muda menyertai perlumbaan kerbau besi di bendang sawah yang kering di Kangar, Perlis. – 3 Mac, 2019.
Seorang peserta mengambil giliran sambil mengawal mesin bajaknya semasa perlumbaan kerbau besi pada Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Seorang peserta lumba kerbau besi dengan mesinnya semasa Pesta Angin Timur di Kangar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Seorang peserta memandu mesin semasa perlumbaan kerbau besi di Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Seorang peserta memandu mesin semasa perlumbaan kerbau besi di Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Beberapa peserta menyediakan mesin bajak mereka sebelum memulakan perlumbaan kerbau besi di Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Para pengunjung asyik menyaksikan perlumbaan kerbau besi semasa Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Para peserta yang bertanding dalam perlumbaan kerbau besi semasa Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Peserta menunggu giliran untuk berlumba semasa Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Seorang peserta membuat sentuhan terakhir pada mesinnya sebelum perlumbaan semasa Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Seorang peserta lumba kerbau besi mengawal mesinnya ketika ia berusaha untuk tiba di garisan penamat semasa Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Seorang marsyal perlumbaan cuba mengelak daripada dilanggar mesin bajak semasa lumba kerbau besi di Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Seorang marsyal melepaskan permulaan lumba kerbau besi semasa Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Beberapa krew beristirahat sambil menunggu perlumbaan dimulakan semula semasa Pesta Angin Timur di Kangar, Perlis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 3 Mac, 2019.
Komen