SUSULAN seorang pengguna Facebook menghina Nabi Nabi Muhammad dan isteri baginda, Saiyidatina Aisyah minggu lalu, kumpulan-kumpulan pembela Melayu hari ini mengadakan himpunan bantahan di seluruh negara.
Perhimpunan hari ini diadakan sebagai membantah beberapa insiden yang didakwa menghina agama Islam sejak kebelakangan ini, yang mengguris perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia.
Himpunan yang diadakan selepas solat Jumaat itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam.
Di Masjid Negara, Himpunan Aman Ancaman Kepada Kedaulatan Islam anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah), turut disertai Umno dan PAS. Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata umat Islam akan mengadakan satu lagi perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan membiarkan agama Islam dan Nabi Muhammad terus dihina.
Seramai 300 orang berhimpun di hadapan Masjid Negara, berkata mereka bersedia mati untuk mempertahankan Nabi Muhammad.
Himpunan juga diadakan di Pulau Pinang, disertai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). – 1 Mac, 2019.
Perhimpunan hari ini diadakan sebagai membantah beberapa insiden yang didakwa menghina agama Islam sejak kebelakangan ini, yang mengguris perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac, 2019.Seorang lelaki merakam himpunan menggunakan telefonnya di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac, 2019.Peserta himpunan mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac, 2019.Di Masjid Negara, himpunan dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah). – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac, 2019.Peserta himpunan mengangkat tangan melaungkan takbir pada Himpunan Aman Ancaman Kepada Kedaulatan Islam di Masjid Negara hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 1 Mac, 2019.Peserta yang menyertai himpunan di kawasan luar Masjid Kapitan Keling. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 1 Mac, 2019.Seorang peserta mengangkat kad yang tertera desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa mengambil tindakan kepada menghina Islam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 1 Mac, 2019.Himpunan di Pulau Pinang diadakan di luar Masjid Kapitan Keling selepas solat Jumaat hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh David S T Loh, 1
Komen