UNTUK kali ketiga, Sabah sekali lagi cuba membangunkan pantai Tanjung Aru di Kota Kinabalu yang dikenali sebagai tempat terbaik di bumi untuk melihat matahari terbenam.
Usaha ini akan menyaksikan pembinaan beberapa hotel dengan 1,800 bilik, 22 pembangunan kediaman dengan lebih 4,000 tempat tinggal baharu, taman tema air, lorong berbasikal khusus dan laluan bas elektrik.
Pembinaan ini akan menjadikan Tanjung Aru sebagai lokasi tumpuan untuk golongan kaya dan terkenal.
Bagaimanapun penduduk sekitar yang tidak bersetuju dengan rancangan itu mahu kawasan di tepi pantai terletak hanya lima minit dari Kota Kinabalu ini tidak diusik bagi membolehkan ia diakses sepenuhnya oleh orang ramai.
Setiap petang, penduduk tempatan dan pelancong bersiar-siar di Taman Prince Philip terletak bersebelahan Tanjung Aru bagi menikmati pemandangan dan bunyi burung kakak tua di pokok ru yang terdapat di situ.
Menjelang petang, penjaja membuka gerai makanan dan minuman di sepanjang pantai sejauh 1.3 kilometer.
Beratus-ratus pengunjung datang bagi melihat matahari terbenam di Laut China Selatan.
Penduduk tempatan juga bimbang jika Tanjung Aru dibangunkan ia petanda berakhirnya punca rezeki peniaga di sekitar kawasan itu dan tidak ada lagi burung datang dari sekitar taman berdekatan. – 28 Februari, 2019.
Seorang nelayan kampung bersama jaring miliknya di Tanjung Aru. Kebanyakan penduduk kampung di situ adalah nelayan. . – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari 2019.Seekor bangau terbang melawan arah matahari terbenam di Tanjung Aru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari 2019.Pelancong dan penduduk tempatan menikmati keindahan pantai di Tanjung Aru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari 2019.Kebanyakan penduduk Kampung Tanjung Aru menjana pendapatan mereka sebagai nelayan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari, 2019.Air pancut merupakan salah satu daya tarikan di Taman Perdana berhampiran Tanjung Aru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari, 2019.Pemandangan di kampung air Kampung Tanjung Aru berhampiran pantai utama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari, 2019.Seorang pekerja am membersihkan daun di Tanjung Aru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari, 2019.Pemandangan udara memaparkan pelancong sedang menaiki parasailing yang dikendali oleh bot pelancongan di pantai Tanjung Aru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari, 2019.Kanak-kanak bermain belon air di pantai Tanjung Aru ketika matahari sedang terbenam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari, 2019.Gerai di sepanjang pantai menawarkan pelbagai peralatan sukan air dan laying-layang di Tanjung Aru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari, 2019.Matahari terbenam di Tanjung Aru adalah tarikan yang wajib dinikmati pelancong di Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari, 2019.Seorang kanak-kanak seronok bermain air di Kampung Tanjung Aru. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 28 Februari, 2019.
Komen