Ekonomi lebih penting dari isu agama, bangsa buat pengundi Semenyih
Nazir Sufari
Dikemas kini 5 tahun yang lalu ·
Diterbitkan pada 18 Feb 2019 9:08AM ·
ORANG ramai menjangkakan isu kaum dan agama akan hangat diperkatakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Semenyih kerana rata-rata pengundi prihatin dengan janji baharu yang tidak dipenuhi kerajaan termasuk berkenaan kenaikan kos sara hidup dan juga larangan merokok di restoran.
PRK Semenyih bakal berdepan pertarungan empat penjuru di antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon bebas.
Daerah yang bersempadanan dengan Negeri ini mempunyai 53,257 pengundi terdiri daripada 68% Melayu, Cina (17%), India (14%) dan Orang Asli (1%). – 18 Februari, 2019.
Pendaki melihat pemandangan bandar Semenyih dari Bukit Broga yang juga dikenali sebagai Bukit Lalang. Bukit ini mendapat tarikan pelancong di Semenyih dengan ketinggian kira-kira 400 meter. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Seorang penunggang motosikal melepasi pintu gerbang Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Ming di Semenyih, Selangor. Sesi pembelajaran sekolah ini mengikut kurikulum ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Seorang penduduk mandi di kawasan air panas di Semenyih, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Suri rumah membeli ikan segar di pasar awam Semenyih, Selangor. Pengundi di Semenyih lebih prihatin dengan kos sara hidup di kawasan itu. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Pemandangan senja dengan matahari terbenam di bandar Semenyih, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Sebuah motosikal melepasi kuil Cina yang dihiasi indah dan berwarna-warni di Semenyih, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Papan tanda Semenyih boleh dilihat berhampiran Jalan Semenyih-Beranang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Kolam renang untuk pelancong tempatan di Hutan Lipur Sungai Tekala yang terletak di Hutan Simpan Sungai Lalang juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor di Semenyih. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Penoreh getah di ladangnya yang terdapat di Semenyih, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Seorang ahli perniagaan Cina menunjukkan gambar selimut kepada pelanggannya di gerainya di pasar Kampung Baru Semenyih, Selangor. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Pemandangan atas di bandar Semenyih, Selangor. Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih bakal menjadi pertarungan empat penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan calon bebas. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Murid sekolah agama di Semenyih bermain sepak takraw selepas tamat sesi persekolahan mereka. - Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Februari, 2019.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen