KELAPA merupakan sumber pendapatan kebanyakan penduduk di Kampung Selekoh di Bagan Datuk, Perak. Bagaimanapun kejatuhan harga kelapa di bawah RM1 sebiji sejak lapan bulan lalu, menyebabkan penduduk menerima kesan. Peladang mendakwa kelapa import dari Indonesia menjejaskan perniagaan mereka yang dijalankan secara kecil-kecilan.
Ismail, 59, bekerja di ladang kelapa sejak zaman kanak-kanak. Dia mewarisi ladang kelapa dari bapanya. Dia hanya memiliki kepakaran mengopek kelapa. Malah selain Ismail, ramai keluarga di kampung itu yang bergantung kepada tanaman kelapa untuk menampung kehidupan seharian.
Bagan Datuk terletak di barat laut Perak, iaitu sebuah kawasan yang terdapat banyak pokok kelapa. Kebanyakan aktiviti ekonomi di kampung itu bergantung kepada industri kelapa termasuk mengopek sehingga menghasilkan produk berasaskan kelapa. – 11 Februari, 2019.
Seorang pekerja di ladang Bagan Datuk di Perak memeriksa kelapa yang tidak terjual selama berbulan-bulan dan mula ditumbuhi daun. Permintaan terhadap buah itu menurun sejak lapan bulan lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Tempurung kelapa dibakar di dalam tong di garaj Ismail. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Seorang pekerja menggunakan buluh untuk memetik kelapa di sebuah ladang di Bagan Datuk, Perak. Hasil kelapa dipetik setiap 50 hari. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Ismail bersama hasil kelapa di garajnya di Bagan Datuk. Di sini, sabut kelapa akan dikopek dari tempurung kelapa yang kemudiannya dipecahkan dan dibakar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Pekerja mengopek kelapa di sebuah garaj di pusat pemborong kelapa di Bagan Datuk, Perak. Buah itu dipetik di kawasan perkampungan di daerah itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Patung orang-orang dipasang di ladang kelapa baharu bagi menghalau hidupan liar termasuk monyet untuk mengelakkan buah dimusnahkan. Pokok kelapa mengambil masa tiga tahun sebelum berbuah dan penduduk turut menanam pokok pisang untuk menjana pendapatan sampingan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Sebuah ladang kelapa terbiar selepas pemiliknya tidak mampu menampung kos menyelenggara ladang itu di Bagan Datuk, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Pekerja memuatkan kelapa di atas lori sebelum dijual kepada vendor santan kelapa di Ipoh, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Disebabkan permintaan kelapa belum diproses makin menurun, Ismail membakar stok kelapanya untuk dijadikan minyak kelapa. Dia terpaksa bekerja keras lebih daripada biasa untuk menampung keluarganya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Seorang pekerja mengopek kelapa sebelum berehat di sebuah ladang di Bagan Datuk, Perak. Kebanyakan pekerja merupakan dari generasi lama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.Seorang remaja memasukkan santan dalam beg plastik. Permintaan santan segar meningkat semasa musim perayaan dan cuti sekolah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019Pemandangan waktu senja di Kampung Selekoh di Bagan Datuk, Perak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 11 Februari, 2019.
Komen