DI Kampung Johan Setia, Klang, hidup 144 keluarga Rohingya, yang melarikan diri dari Myanmar. Semalam, mereka menerima empat ekor lembu untuk dikorbankan, hasil sumbangan pihak yang prihatin bagi membolehkan mereka turut sama merasai kemeriahan Aidiladha, satu daripada perayaan mulia yang disambut umat Islam setiap tahun.
Aidiladha merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Umat Islam menyembelih binatang korban dan membahagikannya kepada tiga bahagian, satu untuk keluarga, rakan dan saudara-mara, dan golongan memerlukan. – 2 September, 2017.
Wajah seorang kanak-kanak lelaki Rohingya bernama Estahara dilukis dengan bedak turut sama meraikan Aidiladha di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 2 September 2017.
Beberapa kanak-kanak Rohingya mengatur sejadah di surau semasa Aidiladha di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 2 September 2017.
Seorang lelaki Rohingya (berbaju putih) tersenyum menerima daging korban semasa sambutan Aidiladha di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 2 September 2017.
Seorang lelaki Rohingya menyusun daging korban untuk dibahagikan kepada komuniti mereka semasa sambutan Aidiladha di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 2 September 2017.
Masyarakat Rohingya menyediakan daging korban yang sudah dilapah sebelum dibungkus untuk diagihkan semasa sambutan Aidiladha di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 2 September 2017.Beberapa lelaki Rohingya bersiap sedia untuk menyembelih lembu yang disedekahkan semasa sambutan Aidiladha di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 2 September 2017.
Dua orang kanak-kanak perempuan Rohingya berpakaian cantik semasa sambutan Aidiladha di Klang, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 2 September 2017.
Komen