SEPERTI menyelak helaian kitab sejarah yang bermula sejak kemerdekaan dicapai negara pada 31 Ogos 1957.
Sejarah kebebasan Malaysia yang kini mencecah usia 60 tahun dipersembahkan penuh nostalgia dan istimewa pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini.
Disaksikan puluhan ribu rakyat yang berhimpun di tempat bersejarah itu, serta jutaan rakyat yang menyaksikan melalui siaran langsung di kaca televisyen, sambutan tahun ini tertumpu kepada bagaimana negara kita dibina dengan mendepani cabaran bersama dan manfaat perkongsian kuasa antara negeri yang membentuk Malaysia.
Kembara Merdeka Malaysia di bawah pentadbiran enam perdana menteri yang dipersembahkan kepada rakyat, bermula daripada sebuah negara baru bebas sehinggalah menjadi sebuah negara membangun aman harmoni. – 31 Ogos, 2017.
Kontijen Latihan Khidmat Latihan Negara (PLKN) turut terlibat dalam perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2017.Kanak-kanak bersama keluarga antara rakyat yang menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2017.Potret Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tun Abdul Razak jelas kelihatan di Dataran Merdeka pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2017.Suasana meriah di Dataran Merdeka pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2017.Hadirin mengibarkan bendera Malaysia dalam perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Ogos, 2017.Perbarisan anggota polis segak beruniform pada perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini . – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Ogos, 2017.Kontijen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia segak beruniform pada perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Ogos, 2017.Perarakan anggota komando Angkatan Tentera Diraja Malaysia pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 31 Ogos, 2017.Kontijen Sukan Sea KL 2017 yang mencipta kejayaan gemilang turut menghadiri perarakan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 30 Ogos, 2017.
Seorang kanak-kanak dengan Jalur Gemilang dilukis dipipinya pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 31 Ogos, 2017.Kanak-kanak sekolah mengibarkan bendera Malaysia pada sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 31 Ogos, 2017.
Komen