PERSIAPAN sambutan Tahun Baru Cina kebiasaannya sudah bermula beberapa minggu sebelumnya.
Mengikut tradisi masyarakat Cina, setiap tahun dinamakan bersempena 12 haiwan yang terkandung dalam kalendar Cina, mengikut giliran. Tahun ini misalnya, adalah tahun babi.
Pada malam sebelum Tahun Baru, yang jatuh pada 4 Februari ini, setiap keluarga dalam masyarakat Cina akan mengadakan jamuan makan malam. Setiap ahli keluarga akan berjaga hingga lewat malam menunggu kedatangan Tahun Baru. – 2 Februari, 2019.
Penyelam di Aquaria KLCC mempersembahkan tarian singa di dalam air. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 Februari, 2019.
Seorang lelaki berjalan di bawah gantungan tanglung di Kampung Baru Karak di Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2019.
Seorang wanita memerhatikan tanglung yang cantik tergantung di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 2 Februari, 2019.
Deretan replika babi di sebuah kedai barangan hiasan Tahun Baru Cina di Jalan Petaling, Kuala lumpur. Tahun ini merupakan tahun babi dalam kalendar Cina. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2019.
Deretan tanglung menghiasi Tokong Thean Hou di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2019.
Seorang sami di hadapan replika hiasan berbentuk babi di Tokong Dong zen di Jenjarom, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2019.
Seorang kanak-kanak perempuan berlari di hadapan perhiasan bersempena sambutan Tahun Baru Cina di Tokong Dong Zen di Jenjarom, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 2 Februari, 2019.
Keluarga terdiri daripada tiga generasi melintasi jalan yang dihiasi gantungan tanglung di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Februari, 2019.
Keluarga terdiri daripada tiga generasi melintasi jalan yang dihiasi gantungan tanglung di Penampang, Sabah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 2 Februari, 2019.
Seorang lelaki sedang memilih perhiasan untuk menyambut Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 Februari, 2019.
Sebuah kedai dipenuhi tanglung, bunga dan perhisan lain untuk dijual sempena sambutan Tahun Baru Cina. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 Februari, 2019.
Daftar atau log masuk di sini untuk komen.
Komen