SEAWAL jam 5 pagi, sejam sebelum matahari terbit, penduduk dan pelancong sudah keluar beramai-ramai di pantai My Khe, Danang, Vietnam, untuk bersenam, menari dalam barisan, bermain bola tampar atau berjalan kaki.
Dari kejauhan, kelihatan nelayan berada di tengah laut dalam sampan bakul mereka, yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai “thung chai”.
Sampan ini popular di kalangan nelayan di kawasan tengah Vietnam. Semasa penjajahan Perancis, sampan dikenakan cukai dan para nelayan bertukar kepada sampan buluh dan mempertikaikan yang ia adalah bakul dan bukannya sampan, justeru, tidak boleh dikenakan cukai.
Rancangan mereka berjaya dan sejak itu, sampan akul ini menjadi ciri-ciri landskap bandar Vietnam - dilihat di seluruh pantai dan jalan air pedalaman.
Berbentuk hemisfera dan dijalin daripada buluh, “thung chai” mempunyai pelbagai corak - sebuah sampan kecil yang biasa digunakan di bahagian Kepulauan British serta India, Iraq, dan Tibet.
Menjelang jam 7 pagi, “thung chai” yang pertama kembali ke pantai. Sebaik sahaja nelayan tiba, penduduk tempatan mengelilingi mereka, membeli hasil tangkapan dengan harga murah.
Pasir yang kuning di pantai My Khe di Da Nang, Vietnam, terhampar kira-kira 30km, sepanjang jalan ke bandar Hoi An yang bersejarah.
Pantai yang dikenali sebagai “Pantai China” semasa perang Vietnam, dinamakan oleh majalah Forbes pada 2005 sebagai salah satu daripada enam pantai paling menarik di planet ini.
Hari ini, Danang adalah bandar kelima terbesar di negara ini, dengan populasi kira-kira satu juta, dan pantai yang dibina dengan bangunan resort bertingkat dan mewah. – 29 Januari, 2019.
Seorang nelayan melepasi beberapa perenang ketika ia mendayung sampan bakul atau ‘thung chai’ kembali ke pantai ke pantai My Khe di Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Puluhan sampan bakul atau ‘thung chai’ kelihatan bak batu permata di atas air laut yang menghijau berhampiran pantai di Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Seorang nelayan menjahit jala miliknya di pantai My Khe di Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Para pelanggan melihat hasil tangkapan nelayan sampan bakul di pantai My Khe di Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Para nelayan saling membantu mengangkat sampan bakul atau 'thung chai' di pantai My Khe di Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Para pelanggan melihat hasil tangkapan nelayan sampan bakul di pantai My Khe di Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Para penduduk tempatan dan pelancong tiba awal untuk menikmati keindahan pantai My Khe di Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Fishermen helping each other carry their basket boats or ‘thung chai’ at My Khe beach in Danang, Vietnam. – The Malaysian Insight pic by David ST Loh, January 29, 2019.Para nelayan saling membantu mengangkat sampan bakul atau 'thung chai' di pantai My Khe di Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Seorang nelayan mendayung sampan bakulnya atau ‘thung chai’ ke pesisir pantai My Khe di Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Para pelancong melihat dengan penuh minat sampan bakul atau ‘thung chai’ di pantai Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Beberapa pelancong duduk di dalam sampan bakul atau ‘thung chai’ di pantai Danang, Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.Puluhan sampan bakul atau ‘thung chai’ berlabuh di pantai Danang di Vietnam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Januari, 2019.
Komen