SELEPAS dua minggu berkempen dua minggu, 31,639 pengundi akan membuang undi pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini.
M. Manogaran daripada Pakatan Harapan, Ramli Mohd Nor daripada Barisan Nasional (BN), dan calon Bebas Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib berentap kerusi Parlimen ini.
Kesemua 29 pusat pengundian - 17 di Tanah Rata dan 12 di Jelai - dibuka sejak pukul 8 pagi.
Semua pusat ini akan ditutup secara berperingkat - satu pada pukul 1pm, lima (2pm), sembilan (3pm), satu (3.30pm), tujuh (4pm) dan enam (5.30pm).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, 86 saluran undi dibuka untuk memastikan proses membuang undi berjalan lancar.
Undian akan dikira di SK Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, dan untuk kali pertama, SPR akan menyiarkan prosesnya secara langsung di Facebook. – 26 Januari, 2019.
Para pengundi beratus untuk membuang undi di SMK Sultan Ahmad Shah di Cameron Highlands, Pahang. Suruhanjaya Pilihan Raya berkata terdapat 86 saluran mengundi dibuka bagi memastikan proses berjalan lancar. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2019.Seorang wanita Orang Asli berketurunan Semai bersama cucunya dilihat di stesen mengundi di Sekolah Kebangsaan Terisu di Terisu, Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Januari, 2019.Orang Asli Semai berbaris menunggu stesen mengundi di Sekolah Kebangsaan Terisu di Terisu, Cameron Highlands, Pahang dibuka. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Januari, 2019.Para pengundi beratur untuk membuang undi di SMK Sultan Ahmad Shah di Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2019.Para pengundi beratus untuk membuang undi di SMK Sultan Ahmad Shah di Cameron Highlands, Pahang. Suruhanjaya Pilihan Raya berkata terdapat 86 saluran mengundi dibuka bagi memastikan proses berjalan lancar. - Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 26 Januari, 2019.Seorang penduduk Orang Asli Semai memasukkan kertas undinya di Sekolah Kebangsaan Terisu di Terisu, Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Januari, 2019.Orang Asli Semai mengekori seorang pegawai pilihan raya ke stesen mengundi di Sekolah Kebangsaan Terisu di Terisu, Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Januari, 2019.Orang Asli Semai berjalan menuju ke stesen mengundi di Sekolah Kebangsaan Terisu di Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Januari, 2019.Beberapa penduduk Orang Asli beratur di stesen mengundi di Sekolah Kebangsaan Terisu, Cameron Highlands, Pahang. - Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Januari, 2019.
Komen