CAMERON Highlands terkenal kerana cuaca dingin, strawberi, kebun sayur dan buahnya. Tetapi, bukan semua indah belaka di tanah tinggi ini, terutama sekali untuk petani.
Selain pembangunan tidak terkawal, ladang haram dan tanah runtuh, kebimbangan utama petani adalah berkaitan isu tanah- ketidakmampuan memiliki tanah yang mereka usahakan dan pembaharuan lesen operasi sementara (TOL).
Pemeriksaan dengan pejabat tanah mendapati daripada 712 km persegi tanah di Cameron Highlands, hanya 3% - atau 3,327 hektar dibahagikan kepada 2,100 plot- diberikan TOL.
Walaupun TOL perlu diperbaharui setiap tahun, setiap empat tahun sekali, petani terpaksa memohon semula lesen dan pejabat tanah akan menilai permohonan mereka.
9% lagi tanah Cameron Highlands atau 6,175 hektar, pula mendapat geran pertanian dan tanah kategori ini selalunya tidak mempunyai masalah untuk memperbaharui geran. – 24 Januari, 2019.
Seorang pekerja membuat kerjanya di sebuah ladang di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Seorang pekerja sedang menyembur penyubur di sebuah ladang di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Seorang pekerja asing sedang menuai hasil tanaman sayur kubis di sebuah ladang di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Pokok mawar di atas rak sebuah ladang Cameron Highlands. Di tanah tinggi ini, bunga-bungaan tumbuh segar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Seorang pekerja sedang mengasingkan bunga mawar di sebuah ladang bunga di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Kanopi plastik melindungi tanaman di sebuah ladang di Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.
Seorang pekerja di sebuah ladang sayur di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Seorang pekerja sedang berjalan untuk pulang ke kuarters pekerja di Cameron Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Pelancong membeli strawberi Cameron Highlands, barangan yang tidak sah tidak dibeli sekiranya melancong ke sana. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Sebuah kebun sayur di perkampungan Orang Asli di Terisu, Cameron Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Dua orang wanita muda Orang Asli melihat kawasan pertanian di sekeliling rumah mereka di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.Tanah dilapangkan untuk kerja pertanian di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 24 Januari, 2019.
Komen