SUV yang terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang berikutan kemalangan pada hari Ahad lalu berjaya dinaikkan semula dan mayat mangsa dapat dikeluarkan dari kenderaan tersebut.
Pegawai vomba dan kakitangan pencarian lain menaikkan kenderaan seberat 1.5 tan pada pukul 6.07 petang hari ini, selepas usaha untuk menaikkannya tergendala akibat cuaca dan arus deras laut.
Kenderaan itu tenggelam pada kedalaman 15 meter, kira-kira 15 meter dari tempat ia terhumban melepasi halangan jambatan.
Mayat mangsa, seorang pelajar berusia 20 tahun, Moey Yun Peng, dikeluarkan dari SUV tersebut pada pukul 6.36 petang. – 22 Januari, 2019.
SUV yang terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang berjaya dinaikkan semula petang tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 22 Januari, 2019.Anggota penyelamat dan pencarian menggunakan sekurang-kurangnya empat kabel bagi menaikkan kenderaan itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 22 Januari, 2019.Orang ramai menyaksikan penyelamat berusaha menaikkan kenderaan ketika air laut surut di tahap paling rendah. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 22 Januari, 2019.Kelihatan anggota keluarga mangsa turut menantikan kenderaan yang dinaiki Moey Yun Peng, 20, dinaikkan menggunakan kren. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 22 Januari, 2019.Bot juga digunakan bagi usaha menaikkan SUV dan mangsa kemalangan Ahad lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 22 Januari, 2019.Penyelamat cuba mengeluarkan mayat mangsa yang masih kelihatan sempurna walaupun setelah tiga hari di dasar laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 22 Januari, 2019.
Komen