Misi 111 emas Malaysia tercapai


Zainal Abd Halim Nazir Sufari Najjua Zulkefli

ATLET Malaysia menepati sasaran 111 pingat emas pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan dijangka akan menyumbang lebih banyak lagi pingat menjelang sambutan Hari Kemerdekaan pada Khamis ini.

Malaysia sebagai tuan rumah masih lagi memburu kecemerlangan dalam temasya kali ini, dengan berbaki dua hari lagi selepas mencapai kilauan emas dalam acara gimrama, berbasikal trek dan terjun semalam. Acara terjun 11 daripada 15 emas untuk merapatkan sasaran keseluruhan.

Juara dunia, Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas ke-111 negara selepas menewaskan rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sharom dalam final acara pecut individu yang menyaksikan pertemuan wakil negara dalam tiga daripada empat acara final di Veldrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan. – 29 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen