CAMERON Highlands, kawasan tanah tinggi di Malaysia yang terkenal dengan ladang teh, adalah tempat ribuan Land Rover yang dicat dengan huruf besar “CH” di pintu atau bonet mereka. Ia digunakan sejak sekian lama untuk kegiatan pertanian di situ.
Di kawasan berbukit ini, Land Rover adalah kenderaan pilihan utama kalangan petani Cameron Highlands untuk membawa muatan buah-buahan dan sayur-sayuran ke pasaran.
Peraturan cukai membolehkan petani tempatan mendapat potongan sebanyak 90% dengan syarat kenderaan itu mesti digunakan untuk tujuan pertanian dan tidak dibenarkan meninggalkan Cameron Highlands. Kebanyakan kenderaan lama ini adalah tinggalan British selepas Perang Dunia II.
Disebabkan ketiadaan bengkel khas Land Rover di Cameron Highlands, penduduk tempatan mengambil apa yang diperlukan dari bangkai kenderaan terbiar lain di sepanjang jalan untuk membolehkan Land Rover mereka terus bergerak.
Jadi, apa yang berlaku apabila salah satu daripada kenderaan ini tidak lagi mampu berfungsi? Pemiliknya hanya meninggalkan ia di mana ia terhenti bersama alam semulajadi, dibiarkan selepas bertahun-tahun bekerja keras.
Pemandangan ini mengingatkan kita kepada kubur gajah misteri di Afrika, dengan Land Rover lama terbiar mereput di Cameron Highlands. – 19 Januari, 2019.
Sebuah Land Rover siri III 109 berkarat yang terbiar di pinggir lembah di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.Beberapa buah Land Rover dilihat berhampiran hutan di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.Land Rover siri III (kiri) dan IIA 109 terbiar yang dilihat berhampiran ladang di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.Ribuan Land Rover menjadi kenderaan pilihan bagi aktiviti pertanian di Cameron Highlands yang terkenal dengan ladang teh. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.
Dua buah Land Rover terbiar yang boleh dilihat di tepi jalan di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.
Dua buah Land Rover terbiar yang boleh dilihat di tepi jalan di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.
Bahagian dalam Land Rover Siri IIA yang ditinggalkan IIA pemiliknya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.Land Rover terbiar diletakkan berhampiran kawasan kediaman di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.Memandangkan tiada bengkel Land Rover di Cameron Highlands, penduduk tempatan hanya mengambil apa diperlukan daripada kenderaan terbiar seperti enjin Nissan, transmisi Mitsubishi, stereng dari Honda, dan sebagainya untuk memastikan Land Rovers terus berfungsi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.
Kolaj gambar menunjukkan gril depan pelbagai model Land Rover di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.Sebuah Land Rover lama dan terbiar di tepi jalan di bandar Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.Digunakan untuk mengangkut buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pasar, Land Rover menjadi kenderaan pilihan utama untuk aktiviti pertanian di Cameron Highlands. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.Pemandangan tanah ladang di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.
Memandangkan Land Rover di Cameron Highland semakin lama dan berkarat menyebabkan para petani tempatan tidak mempunyai pilihan selain membeli kenderaan baru bagi menjalankan aktiviti mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Januari 2019.
Komen