PENDUDUK di perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands berharap tahun baharu akan membawa perkara lebih baik ketika pilihan raya kecil diadakan di tempat mereka.
Mereka bukan sahaja mengharapkan calon yang tepat untuk mewakili mereka, tetapi sesiapa juga yang memenangi kerusi Parlimen itu pada pilihan raya 26 Januari ini, akan mengambil berat dan memberi perhatian kepada mereka.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan M. Manogaran, calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor dan dua calon bebas Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee. – 13 Januari, 2019
Beberapa masyarakat Orang Asli duduk di tangga ketika lawatan kempen Barisan Nasional di Kampung Manson, Cameron Highlands, Pahang semalam. Masyarakat Orang Asli berharap untuk tahun baharu yang lebih baik menjelang pilihan raya kecil.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019Masyarakat Orang Asli dilihat daripada jendela sebuah rumah di Kampung Manson, Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019Seorang ibu dari masyarakat Orang Asli mengendong anaknya di Kampung Manson, Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019Awan mendung menyelubungi perkampungan Orang Asli pada awal pagi di Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019Masyarakat Orang Asli memakai baju Pakatan Harapan sambil melaungkan sokongan pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Cameron Highlands, semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019Kanak-kanak Orang Asli bermain di perkarangan sekolah di Kampung Manson, Cameron Highlands, Pahang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019Kanak-kanak Orang Asli duduk di beranda rumah sambil diperhatikan beberapa orang dewasa di Kampung Manson, Cameron Highlands, Pahang.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019Masyarakat Orang Asli berkumpul di hadapan sebuah rumah ketika kempen Barisan Nasional di Kampung Manson, semalam. Masyarakat Orang Asli di sini berharap pemimpin baharu mereka akan mengambil peduli serta menjaga kebajikan mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019Penduduk Orang Asli menunggang motosikal di Kampung Manson, Cameron Highlands, Pahang.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019Suasana damai dan sunyi di perkampungan masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands pada waktu pagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 13 Januari, 2019
Komen