Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia akan mengerjakan ibadah haji tahun ini, peningkatan sebanyak 7,880 berbanding tahun lepas. Tabung Haji menyediakan 23 tempat penginapan di Mekah dan 11 penginapan di Madinah untuk rakyat Malaysia.
Setakat ini Arab Saudi sudah menerima 1.497 juta jemaah haji dari seluruh pelusuk bagi mengerjakan Rukun Islam kelima itu.
Tahun ini, hampir dua juta umat Islam dijangka mengunjungi Kota Suci Mekah, Arab Saudi menjadikan ia perhimpunan kerohanian terbesar di dunia. Bagi kebanyakan umat Islam, haji adalah kemuncak kembara kerohanian mereka, dan peluang mengunjungi tanah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W adalah peluang yang sentiasa dinantikan. – 27 Ogos, 2017.
Arab Saudi kini bersedia menerima jutaan jemaah haji yang akan berkunjung ke Tanah Suci Islam itu tahun ini. – Gambar Hill-Knowlton Strategies, 27 Ogos, 2017.Jemaah haji berkumpul bersedia menunaikan ibadat haji yang akan bermula 30 Ogos ini. – Gambar EPA, 27 Ogos, 2017.Masjidil Haram akan menjadi tumpuan kira-kira 2 juta jemaah pada musim haji tahun ini. – Gambar Hill-Knowlton Strategies, 27 Ogos, 2017.Masjidil Haram akan menjadi tumpuan kira-kira 2 juta jemaah pada musim haji tahun ini. – Gambar AFP, 27 Ogos, 2017.Seorang pekerja sedang menenun benang emas ke atas penutup Kaabah dikenali sebagai Kiswah sebagai persedian menghadapi musim haji. – Gambar EPA, 27 Ogos, 2017.Seorang jemaah wanita menggunakan telefon bimbitnya setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh, Arab Saudi. – Gambar AFP, 27 Ogos, 2017.Masjidil Haram akan menjadi tumpuan kira-kira 2 juta jemaah pada musim haji tahun ini. – Gambar Hill-Knowlton Strategies, 27 Ogos, 2017.Jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh, Arab Saudi. – Gambar AFP, 27 Ogos, 2017.Jemaah wanita tersenyum di perkarangan Masjidil Haram bersedia mengerjakan ibadah haji tahun ini. – Gambar EPA, 27 Ogos, 2017.Jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh, Arab Saudi. – Gambar AFP, 27 Ogos, 2017.Jemaah wanita tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh, Arab Saudi. – Gambar EPA, 27 Ogos, 2017.
Komen