TAPAK pelupusan sampah Kayu Madang berkeluasan 145 hektar dekat Kota Kinabalu, Sabah bukan sahaja menjadi “tempat kerja” bagi pendatang asing tanpa izin dari Filipina, malah ia juga menjadi kediaman mereka kerana bimbang ditahan pihak berkuasa sekiranya bekerja di tempat lain.
Tapak berkenaan merupakan satu-satnya tapak pelupusan di pantai barat Sabah dan menerima lebih 800 tan sampah sehari dari Papar, Tuaran, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Putatan.
Kebanyakan pekerja di sini adalah dari etnik Bajau Ubian dan datang ke Sabah secara haram.
Ada diantara mereka merupakan pemegang kad IMM13 untuk pelarian manakala yang lainnya tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.– 9 Januari, 2019
Budak lelaki berdiri di atas timbunan sampah berlatarbelakangkan burung bangau terbang di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019Seorang budak lelaki menggolek tayar kenderaan yang dibuang untuk dikitar semula. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019Pengutip sampah mengasingkan sampah yang bleh dikitar semula untuk dijual kepada pembeli di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019Sekumpulan pengutip sampah mencari bahan yang boleh dikitar semula untuk dijual kepada pembeli di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019Rezeki..walau diselubungi bau yang busuk dan tidak menyenangkan, lelaki ini dilihat tidak tergangg dengan keadaan itu dan terus mencari barangan yang boleh dikitar semula untuk dijual. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019Berbekalkan guni, lelaki ini berjalan menyusuri longgokan sampah untuk mencari barangan terbuang yang boleh dijual di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019Seorang lelaki mengasingkan botol pastik untuk dijual kepada pembeli di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019 Lelaki ini memerah keringat menolak kereta sorong berisi barangan terbuang untuk dijual demi sesuap nasi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019 Timbunan sampah sebegini merupakan pemandangan biasa kepada pengutip sampah di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019 Jentolak yang digunakan untuk meratakan timbunan sampah sebelum ditimbus di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019 Seorang lelaki menarik guni berisi barangan buangan yang boleh dikitar semula untuk dijual di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Kota Kinabalu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Irwan Majid, 9 Januari, 2019
Komen