MENJELANG berakhirnya 2018 dan mula memasuki 2019, kita menelusuri suka duka Malaysia sepanjang tahun penuh sejarah ini.
2018 menyaksikan demokrasi rakyat mendapat tempat di Malaysia apabila pertama kali dalam sejarah negara berlaku perubahan kerajaan Persekutuan.
Dr Mahathir Mohamad menerajui Pakatan Harapan untuk menyingkirkan Umno dan Barisan Nasional yang dipimpin Najib Razak, kekalahan pertama sejak mereka mula mentadbir negara 60 tahun lalu.
Tahun ini juga menyaksikan sejarah tercipta apabila Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor serta beberapa sekutu rapat mereka didakwa di mahkamah kerana pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram, korupsi dan pecah amanah.
Najib adalah bekas perdana menteri Malaysia pertama yang diheret ke mahkamah kerana salah laku pentadbiran.
Selain itu, antara peristiwa penting lain yang mencorak sejarah negara 2018 adalah pembebasan bakal perdana menteri kelapan Anwar Ibrahim daripada penjara, himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, dan kematian hero negara Muhammad Adib Mohd Kassim.
The Malaysian Insight membawakan sorotan terpilih bergambar 2018 dirakam pasukan jurugambar kami: Afif Abd Halim, David ST Loh, Hasnoor Hussain, Kamal Ariffin, Najjua Zulkefli, Nazir Sufari, Seth Akmal dan diketuai Zainal Halim. – 29 Disember, 2018.
Perdana Menter Dr Mahathir Mohamad (dua kiri) dan pemimpin lain Pakatan Harapan selepas kejayaan bersejarah mereka menakluk Putrajaya melambai kepada media pada sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 10 Mei 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2018.Ribuan penunjuk perasaan membanjiri Dataran Merdeka pada himpunan membantah hasrat kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2018.Pemimpin kanan Pakatan Harapan pada sidang media di Yayasan al-Bukhary di Kuala Lumpur pada 12 Mei 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pemimpin kanan gabungan itu meraikan kemenangan mereka menakluk Putrajaya di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 9 Mei 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2018.Pengebumian enam anggota bomba yang terbunuh dalam misi menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong. Tragedi itu adalah yang pertama dalam sejarah agensi itu melibatkan kematian semua anggota unit menyelamat yang sama. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Disember, 2018.Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bergelak ketawa dengan pelawat ketika majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjurannya di Kampung Guar Petai, Pulau Pinang. Politikus itu menjadi tumpuan ramai kerana personalitinya yang mesra dan merendah diri, beliau dilantik jadi menteri pertahanan dalam kerajaan Pakatan Harapan. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Disember, 2018.Polis Malaysia merampas kotak-kotak mengandungi beg tangan mewah ketika serbuan ke atas kediaman dikaitkan dengan Najib Razak. Lima buah trak diperlukan untuk memindahkan hasil rampasan yang dianggap polis terbesar dalam sejarah negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2018.Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim berganding tangan berkempen pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada 8 Oktober 2018. Mereka adalah tokoh utama yang mencorakkan landskap politik negara, bermula sebagai mentor-mentee kemudian bermusuh sehingga menggegar negara sebelum kembali mesra untuk menumbangkan Umno dan Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Anwar Ibrahim menggunakan telefon bimbit di kediamannya di Segambut, Kuala Lumpur pada 17 Mei 2018. Beliau diberi pengampunan penuh dan dibebaskan daripada penjara selepas kejayaan Pakatan Harapan. Beliau dipersetujui gabungan parti pemerintah untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dalam tempoh dua tahun lagi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Disember, 2018.Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat memberi tabik hormat kepada helikopter yang membawa jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim yang terbunuh dipercayai dipukul perusuh kuil Seafield. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Disember, 2018.Penyokong Pakatan Harapan berkumpul meraikan kejayaan mereka menang Pilihan Raya Umum ke-14 di Putrajaya pada 10 Mei 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melambai kepada penyokongnya selepas Solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2018. Beliau adalah pemimpin pertama Malaysia menjadi perdana menteri sebanyak dua kali. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazri Sufari, 29 Disember, 2018.Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memulakan sidang Dewan Rakyat pada sidang Parlimen ke-14 pada 17 Julai 2018 dengan jenaka ‘Yang berhormat, sila duduk dan jangan lari’ mencetuskan gelak ketawa ahli Parlimen yang baharu angkat sumpah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 29 Disember, 2018.Ahmad Zahid Hamidi melambai kepada media ketika meninggalkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 Disember 2018. Bekas timbalan perdana menteri itu berdepan 45 pertuduhan jenayah melibatkan RM114.15 juta. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Disember, 2018.Pengamal media mengambil gambar kapal layar mewah Equanimity di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Ogos 2018. Kapal layar mewah itu jadi tumpuan dunia selepas didakwa dibeli menggunakan wang seleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal kleptokrasi terbesar dunia. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Orang Asli merakam usaha pegawai Jabatan Perhutanan menanggalkan sekatan dibuat mereka di Hutan Simpan Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan pada 27 Ogos 2018. Kemelut antara Orang Asli yang mendakwa hutan mereka diteroka tanpa pertimbangan oleh kerajaan negeri mencetuskan konflik besar sehingga dibawa ke Putrajaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 29 Disember, 2018.Mahmud Abu Bekir Taib meninggalkan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2018. Mahkamah menolak rayuan dilakukan Mahmud berkaitan tuntutan nafkah mutaah dilakukan bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid berjumlah RM30 juta. Mahmud ialah anak lelaki Gabenor Sarawak Abdul Taib Mahmud. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 29 Disember, 2018.Polis menarik kereta yang dibakar dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor pada 28 November 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 29 Disember, 2018.Bekas perdana menteri Najib Razak menaiki LRT untuk menyertai himpunan anti ICERD di Kuala Lumpur pada 8 Disember 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Disember, 2018.Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik di kawasan Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, Selangor pada 27 November 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Presiden PAS Hadi Awang dan Ahmad Zahid Hamid yang ketika itu presiden Umno (kini berehat) berganding tangan pada Himpunan Ummah di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak pada 17 November 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Anwar Ibrahim melambai kepada media yang menunggu ketibaannya di rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur selepas dibebaskan daripada penjara pada 16 Mei 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Polis menghalang jalan masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya ketika seluruh negara menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-14 diumumkan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak mendahului kepimpinan gabungan itu meninggalkan pentas selepas sidang media pertama mereka di PWTC pada 10 Mei 2018 pasca kalah PRU14. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 29 Disember, 2018.Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad membuang undi pada PRU14 di Titi Gajah, Kedah, dibelakang ialah isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 29 Disember, 2018.Dr Mahathir Mohamad yang sudah berusia 92 tahun berkempen di belakang sebuah lori pada kempen Jelajah Harapan di Taiping, Perak pada 3 Mac 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 29 Disember, 2018.Seorang penunjuk perasaan bersorak pada himpunan anti ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 29 Disember, 2018.Seorang lelaki menonton siaran langsung majlis angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Dr Mahathir Mohamad di Istana Negara, Kuala Lumpur selepas Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya pada PRU14, menerusi telefon bimbitnya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Disember, 2018.Najib Razak diiringi pegawai SPRM dan anggota bomba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Julai 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 29 Disember, 2018.Bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy diiringi pegawai SPRM ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk didakwa kerana meminda laporan audit 1MDB. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2018.Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali bergurau senda ketika majlis rumah terbuka di Seri Perdana, Putrajaya pada 15 Jun 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 29 Disember, 2018.Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas memberi keterangan pada 5 Jun 2018. Pendedahan koleksi beg tangan mewah Hermes Birkins miliknya mencetuskan kemarahan rakyat. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2018.Reaksi Najib Razak ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas didakwa atas pertuduhan pecah amanah pada 25 Oktober 2018. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2018.Anwar Ibrahim ditemani isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail melambai ke arah penyokong selepas menang PRK Port Dickson, Negeri Sembilan pada 13 Oktober 2018 membolehkannya kembali ke Parlimen. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Disember, 2018.
Komen