PERJALANAN melalui lebh raya E25 dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor menuju ke Tanjung Karang untuk ke Sekinchan pasti menggamit nostalgia.
Kenangan di zaman kanak-kanak ketika memandu di jalan pesisir pantai dan terpaksa perlahan di bekalang lori balak kembali menjengah memori. Kini jalan raya itu sudah mempunyai dua lorong, jadi ada boleh memotong kenderaan berat dengan mudah di sepanjang alan raya yang menjadi laluan utama lori yang memuatkan hasil padi.
Sekinchan, sebuah pekan pesisir pantai terletak kira-kira sejam perjalanan dari Kuala Lumpur itu berada di barat laut negeri Selangor di Sabak Bernam. Anda akan tahu yang anda sudah sampai ke lokasi sebaik sahaja pemandangan ladang kelapa sait berganti dengan hamparan menghijau, menguning dan keemasan sawah padi.
Sekinchan terkenal dengan hasil padinya sejak etani mula menggunakan jentera moden dalam proses penanaman, penuaian dan pemprosesan.
Sekinchan membawa maksud “kampung sesuai untuk bertani” dalam bahasa Cina. Memiliki tanah yang subur dan cuaca yang sesuai, terdapat lebih 1,600 hektar kawasan pertanian di sini.
Di sepanjang jalan, anda akan menemui sebuahh struktur bangunan yang memiliki lubang-lubang kecil yang menjadi sarang kepada burung walit. Industri sarang burung walit turut menjadi salah satu sumber pencarian penduduk di sini. – 23 Disember, 2018
Tetamu di Padi Box, sebuah hotel yang terletak di pinggir sawah padi merakam detik indah matahari terbenam. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018Petani menggunakan jentera untuk menuai hasil padi. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018Pemandangan jentera menuai padi dari dalam Padi Box, sebuah hotel di kawasan pinggir sawah di Sekinchan. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018Kreatif...Sebuah bas lama digunakan semula untuk dijadikan sebuah kafe di tepi sawah padi. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018Pemandangan matahari terbit di sebalik rimbunan pokok padi. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018Kawasan sawah padi berlatarbelakangkan matahari terbit menciptakan satu iustrasi alam yang indah. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018Seekor burung bertenggek di sebatang tunggul di tepi jeti untuk menangkap ikan. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018Bot nelayan memenuhi jeti di sebuah perkampungan nelayan di Sekinchan. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018Tetamu di Padi Box tidak ketinggalan merakam detik indah ketika berkunjung ke Sekinchan.– Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018Nelayan mengambil kesempatan untuk membaiki pukat mereka sebelum turun ke laut. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 23 Disember, 2018
Komen