PELARI pecut muda Khairul Hafiz Jantan dinobatkan sebagai lelaki terpantas di Asia Tenggara, selepas muncul juara dalam final 100m lelaki pada Sukan SEA ke-29 malam tadi.
Dengan jutaan rakyat Malaysia menanti di kaca televisyen dan ribuan lagi hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pelari berusia 19 tahun yang digelar “Speedy Jantan” itu dengan wajah tenang dan senyuman di bibirnya, menewaskan juara sebelum ini Eric Shauwn Cray dari Filipina, menambah emas kepada 16 pingat dimenangi atlet Malaysia semalam.
Malaysia kekal berada di tangga teratas dengan jumlah pungutan 40 emas setakat ini, diikuti Singapura dengan 20 pingat, sementara tempat ketiga Vietnam (16) dan Singapura (12) sementara Filipina lapan pingat dan Myanmar empat. – 23 Ogos, 2017.
Khairul Hafiz Jantan meraikan kemenangannya memperoleh emas selepas menamatkan kemarau 14 tahun Malaysia dalam acara lari 100m pada Sukan SEA ke-29 di Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2017.Aksi perenang Malaysia Daniel Lim Jun Liang mencatat masa 2 minit 19.72 saat menamatkan persaingan di tempat kedua saringan 200m kuak lentang pada Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 23 Ogos, 2017.Perenang Malaysia Erika Kong Chia Chia dalam acara kuak lentang 50m ketika bertanding dalam acara final pada Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 23 Ogos, 2017.Aksi perenang Malaysia Fu Kang Wong dalam acara kuak lentang 200m lelaki pada Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 23 Ogos, 2017.Pelari pecut Malaysia Khairul Hafiz Jantan (kiri) terjatuh ketika tiba di garisan penamat dalam final 100m lelaki pada Sukan SEA ke-29 di Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2017.Thi Anh Vien Nguyen dari Vietnam memberikan persembahan yang baik dalam final 200m kuak lentang wanita pada Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2017.Perenang Filipina Nicole Justine Marie Oliva dalam gaya bebas 400m wanita pada final acara renang Sukan SEA ke-29 di Pusat Akuatik Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 23 Ogos, 2017.Gaya Khairul Hafiz Jantan (tengah) dari Malaysia ketika memenangi final 100m lelaki pada Sukan SEA ke-29 di Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi menewaskan Jirapong Meenapra dari Thailand di kirinya dan Eric Shauwn Cray (Filipina). – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 23 Ogos, 2017.“Speedy Jantan” Khairul Hafiz Jantan (dua dari kiri) terjatuh ketika tiba di garisan penat dalam final 100m lelaki Sukan SEA ke-29 di Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. Turut kelihatan ialah Jirapong Meenapra (Thailand), Eric Shauwn Cray (Filipina) dan rakan senegara Jonathan Nyepa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Zainal Abd Halim, 23 Ogos, 2017.
Komen