Pasangan memanah negara raih pingat emas


Najjua Zulkefli

MALAYSIA menambah satu lagi pingat emas melalui acara memanah compound berpasukan campuran pada Sukan SEA ke-29 di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.  

Gandingan Mohd Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehan Mat Salleh sekali gus mempertahan pingat emas di Singapura selepas menewaskan pasukan Myanmar yang memperolehi pingat perak manakala pingat gangsa diraih pasukan dari Vietnam.

Malaysia kini mendahului dengan tiga belas keseluruhan pingat yang berjaya dikutip iaitu tujuh emas, tiga perak dan tiga gangsa  diikuti Myanmar dan Indonesia. – 18 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen